My bookmarksSign up free
← Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 s 35

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 s 35

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 35

(1) Lembaga boleh melantik sekian bilangan pegawai-pegawai penyiasat yang dikenali sebagai Pegawai-Pegawai Penyiasat Lembaga yang difikirkannya perlu bagi maksud-maksud menjalankan penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan atau pemeriksaan di bawah Akta ini. (2) Seseorang Pegawai Penyiasat hendaklah, bagi maksud-maksud menentukan sama ada peruntukanperuntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya adalah dipatuhi, mempunyai kuasa pada bila-bila masa yang munasabah untuk memasuki mana-mana tapak binaan di mana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dan membuat apa-apa siasatan atau pemeriksaan yang perlu bagi maksud-maksud itu. (3) Semasa menjalankan sesuatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen ini Pegawai Penyiasat boleh— (a) mengemukakan soalan-soalan berkenaan dengan pendaftaran mana-mana kontraktor, akreditasi dan pemerakuan pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan atau pembayaran levi, dan kesemua orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan-soalan itu dengan benar dengan sedaya upaya mereka; dan (b) menghendaki mana-mana orang itu mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini dan boleh menyitanya atau mengambil salinansalinannya. (4) Tiap-tiap Pegawai Penyiasat semasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan hendaklah menunjukkan kuasanya secara bertulis kepada mana-mana orang yang terjejas oleh penjalanan kuasa-kuasa itu. (5) Apabila selesai penyiasatannya, Pegawai Penyiasat hendaklah dengan serta-merta memberi segala maklumat berhubungan dengan perlakuan apa-apa kesalahan kepada pegawal penjaga balal polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau manamana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Read this section in the full act →

Find Act 520 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next