My bookmarksSign up free
← Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 s 4

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 s 4

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 4 Fungsi-fungsi

(1) Fungsi-fungsi Lembaga ialah— Lembaga. (a) memajukan dan menggalakkan pembangunan, pembaikan pengembangan industri pembinaan; (b) menasihati dan membuat syor-syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan; (c) memajukan, menggalakkan dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan industri pembinaan; (d) memajukan, menggalakkan dan membantu eksport perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan; (e) mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan; (f) memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan; (g) menggiatkan penstandardan dan pembaikan teknik pembinaan dan bahan binaan; (h) mendayausahakan dan menyenggara sistem maklumat industri pembinaan; (i) mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaraskan program latihan yang dianjurkan oleh pusat latihan pembinaan awam dan persen derian la-pe pekirjąapeke bia binaan (j) meakreditasikan dan mendaftar kontraktorkontraktor untuk membatalkan, menggantung atau memasukkan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar; (k) meakreditasikan dan memperakui pekerjapekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan. (2) Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang suaimanfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas— (a) menjalankan segala aktıvıtı, Khususnya aktıvitı- aktivitı berkenaan dengan industri pembinaan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsifungsinya; (b) mengawardkan perakuan kecekapan; (c) dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikatsyarikat, perbadanan-perbadanan atau badanbadan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Lembaga atau secara bebas; (d) mengadakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau selainnya kepada orang-orang yang terlibat dalam industri pembinaan bagi maksud menggalakkan industri tersebut dan mengadakan apa-apa gerenti bagi pihak mereka; (e) mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan manamana fungsi atau kuasanya; (J) menerima, sebagai balasan apa-apa perkhidmatan yang mungkin diberikan olehnya, apa-apa komisen atau pembayaran sebagaimana yang telah dipersetujui dengan mana-mana orang; dan (g) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan. (3) Tertakluk kepada seksyen 7, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga dalam melaksanakan fungsi- Keanggotaan Lembaga. Pengkhidmat N.M.B. Bab 45. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan. Penyata, laporan, akaun dan maklumat. fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat nenjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan industr pembinaan.

Read this section in the full act →

Find Act 520 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next