s 9
(1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatan- Kuasa kuasa yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk Lembaga membantunya dalam pelaksanaan fungsı-fungsınya di menubuhkan bawah Akta ini. jawatankuasa. (2) Lembagą boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). (3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawalselia prosedurnya sendiri dan, pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah subseksyen • ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberi kepadanya oleh Lembaga. (4) Mana-mana mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (3). (5) Sesuatu jawatankuasa boleh menjemput manamana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya atas apa-apa perkara yang dibincangkan dengan syarat bahawa orang yang dijemput sedemikian itu tidak berhak mengundi di mana-mana mesyuarat itu. (6) Anggota-anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini dan mana-mana orang yang dijemput di bawah subseksyen (5) untuk Pengerusi. Ketua Pegawai Eksekutif. menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.