Jadual Kedua JADUAL KEDUASupplementary
(Subseksyen 24(2)) PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI PERBADANAN YANG DITUBUHKAN OLEH LEMBAGA 1. Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 24, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan— (a) maksud-maksud dan tujuan-tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak-hak, kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi- fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan. itu. 2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberikuasa Lembaga membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan Pembinaan-Malaysia yang lebih luas bidangnya daripada maksud-maksud atau tujuan- tujuan Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk antara hak-hak, kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa atau fungsi-fungsi Lembaga di bawah Akta ini. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini dan mana - Kuakuan- mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 37, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuatkuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini. 4. Lembaga boleh pada bila-bila masa, dengan kelulusan Menteri, Pindaan meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang peraturan- peraturan. dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan. 5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang Daftar ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 24 dan daftar itu, bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya. 6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah Penggulungan. yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah dan terletakhak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Zadalah meiągd srbad pear yanan dieubuikaan die aa h sekpaen 2 cea yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun, pertubuhan dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang kerananya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tıdak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal. Meterai biasa perbadanan. 8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai bıasa yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluşkan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungı nama perbadanan melingkungi huruf "LPIPM oleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai bias perbadanan itu. (3) Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberikuasa oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau suratcara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan; dan mana- mana dokumen atau suratcara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat perbadanan yang diberikuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (4) Meterai biasa tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.