In this Act, unless the context otherwise requires—
“authorized officer” means an officer authorized under section 6;
“Director General” means the Director General for the control of padi and rice;
“Federal Lands Commissioner” means the Federal Lands Commissioner appointed under the Federal Lands Commissioner Act 1957 [Act 349];
“Lembaga” means the Lembaga Padi dan Beras Negara established under the Lembaga Padi dan Beras Negara Act 1971 [Act 47];
“Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for padi and rice;
“marketing” means sale, purchase, storage, transport, processing, milling, polishing, grading, packaging, advertising and promotion;
“padi” or “rice” includes padi or rice in any form, the byproducts of padi or rice, and any product made or derived wholly or substantially from padi or rice:
Provided that the Minister may, by order published in the Gazette, exempt padi or rice in any particular form, or any particular product or by-product of padi or rice, from all or any of the provisions of this Act or the regulations made thereunder.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi pengawalan padi dan beras;
“Lembaga” ertinya Lembaga Padi dan Beras Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47];
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi padi dan beras;
“padi” atau “beras” termasuklah padi atau beras dalam apa-apa bentuk, hasil sampingan padi atau beras, dan apa-apa hasil yang keseluruhannya atau sebahagian besarnya dibuat atau diperoleh daripada padi atau beras:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan padi atau beras dalam apa-apa bentuk tertentu, atau apa-apa hasil atau hasil sampingan tertentu padi atau beras, daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 6;
“pemasaran” ertinya menjual, membeli, menyimpan, mengangkut, memproses, mengilang, membersihkan, menggredkan, membungkus, mengiklan dan memajukan;
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349].
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).