(1) The Lembaga Padi dan Beras Negara Act 1971 is repealed and the Lembaga established thereunder is dissolved.
(2) Notwithstanding subsection (1), any regulations made under or in accordance with the repealed Act shall, in so far as they are not inconsistent with this Act, continue in force until amended, revoked or replaced by new regulations made under this Act.
(3) Except in so far as it is expressly provided to the contrary, nothing in this Act shall—
(a) affect the validity of any licence, permit or authority granted or issued under the Lembaga Padi dan Beras Negara Act 1971; or
(b) affect any right, title, interest, liberty, privilege, obligation or liability acquired, accrued or incurred under the repealed Act.
Malay text (authoritative)
Peruntukan pemansuhan, peralihan dan kecualian
(1) Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau mengikut Akta yang dimansuhkan itu hendaklah, setakat mana ia tidak berlawanan dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dipinda, dibatal atau digantikan oleh peraturan-peraturan baharu yang dibuat di bawah Akta ini.
(3) Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—
CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 [Akta 121] yang berkuat kuasa pada 1 April 2011 —lihat subseksyen 63(1) Akta 723.
(a) menyentuh keesahan apa-apa lesen, permit atau kuasa yang diberi atau dikeluarkan di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971; atau
(b) menyentuh apa-apa hak, hakmilik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).