My bookmarksSign up free
← Control of Padi and Rice Act 1994

Control of Padi and Rice Act 1994 s 7

Control of Padi and Rice Act 1994 s 7

s 7 Power to obtain information

(1) An authorized officer may by writing under his hand or by notification in the Gazette require any person or class or description of persons or all persons— (a) to furnish him or such other person as may be specified in the requisition with full and accurate periodical or other returns or information in respect of padi or rice, showing all or any of the following particulars: (i) the quantity thereof in his or their possession or under his or their control; (ii) the cost thereof or expense incurred in respect thereof; (iii) the price charged or received by him or them therefor; (iv) any other information which the authorized officer may deem necessary to request in respect thereof; (b) to produce for inspection any book or document relating to any padi or rice in his or their possession or under his or their control; (c) to register his or their names and addresses and other particulars and in the manner as the authorized officer may specify; and (d) to maintain the records and to make the returns containing the particulars as the authorized officer may specify relating to the acquisition, disposal, deposit, withdrawal, production, treatment, distribution, use and consumption of any padi or rice. (2) Where a person to whom a requisition has been made under subsection (1) fails to comply with it within the time as may be specified in the requisition or, if no time is specified, fails to comply with it within a reasonable time, he shall be guilty of an offence under this Act. (3) Where any information is required to be furnished in pursuance of subsection (1), an authorized officer may ask any person any question either orally or in writing or may require any person to produce any book or document which the authorized officer may consider necessary for the purpose of obtaining the information, and any person who refuses to answer or knowingly gives a false answer to such question or refuses to produce such book or document, shall be guilty of an offence under this Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mendapatkan maklumat

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh dengan surat yang ditandatanganinya atau melalui pemberitahuan dalam Warta menghendaki mana-mana orang atau golongan atau perihal orang atau semua orang— (a) memberi kepadanya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan dalam rekuisisi itu dengan terbitan berkala atau penyata lain atau maklumat yang lengkap dan tepat berkenaan dengan padi atau beras menunjukkan semua atau mana-mana butir yang berikut: (i) kuantiti padi atau beras dalam milikannya atau milikan mereka atau di bawah kawalannya atau kawalan mereka; (ii) kos padi atau beras atau perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengannya; (iii) harga yang dikenakan atau diterima olehnya atau oleh mereka bagi padi atau beras; (iv) apa-apa maklumat lain yang disifatkan oleh pegawai diberi kuasa perlu diminta berkenaan dengannya; (b) mengemukakan untuk diperiksa apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan padi atau beras dalam milikannya atau milikan mereka atau di bawah kawalannya atau kawalan mereka; (c) mendaftarkan nama dan alamatnya atau nama-nama dan alamat-alamat mereka dan butir-butir lain dan mengikut cara yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa; dan (d) menyenggara rekod dan membuat penyata mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa yang berhubungan dengan pengambilan, pelupusan, perletakan, penarikan balik, penghasilan, perawatan, pengagihan, pemakaian dan penggunaan padi atau beras. (2) Jika seseorang yang kepadanya suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) gagal mematuhi permintaan itu dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu atau, jika tiada masa dinyatakan, gagal mematuhinya dalam masa yang munasabah, dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini. (3) Jika apa-apa maklumat dikehendaki diberi menurut subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengemukakan kepada mana-mana orang apa-apa soalan sama ada secara lisan atau bertulis atau boleh menghendaki mana-mana orang mengemukakan apa-apa buku atau dokumen yang difikirkan oleh pegawai diberi kuasa itu perlu bagi maksud mendapatkan maklumat, dan mana-mana orang yang enggan menjawab atau dengan diketahuinya memberi jawapan yang palsu kepada soalan itu atau enggan mengemukakan buku atau dokumen itu, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 522 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next