My bookmarksSign up free
← Mineral Development Act 1994

Mineral Development Act 1994 s 8

Mineral Development Act 1994 s 8

s 8 Functions and duties of Assistant Director

(1) An Assistant Director shall— (a) inspect and regulate the storage, transportation and use of toxic, inflammable or other potentially dangerous substances in respect of or in relation to any fossicking, panning, exploration, mining or mineral processing activity; (b) require the holder of a mineral tenement to provide and maintain within the mineral tenement and mineral processing area such access roads and other routes as are necessary and adequate for the purpose of safe access, exit, escape or removal of any injured person; (c) give such orders as he considers necessary to discontinue any operation, use of equipment or practice in or about any fossicking, panning, exploration or storage facility area or mine or mineral processing plant which— (i) affects the safety or health of any person; (ii) causes damage to property; or (iii) causes nuisance to or impairs the amenity of any area or place; and (d) order the immediate cessation of work in, and the immediate departure of all persons from, any fossicking, panning, exploration or storage facility area or mine or mineral processing plant or any part thereof which is deemed unsafe, or allow work to continue after precautions are taken or such things are done as he considers necessary. (2) An Assistant Director may— (a) by written notice require a manager to submit plans of the workings of the mines and returns containing information on any mining operation: Provided that such information shall be deemed, if requested in writing by such manager, confidential information for the purposes of this Act; and (b) make such orders as he may consider necessary in cases of dispute between occupiers of mining lands in respect of their occupation or use of such land.

Malay text (authoritative)

Fungsi dan kewajipan Penolong Pengarah

(1) Seseorang Penolong Pengarah hendaklah─ (a) memeriksa dan mengawal selia penyimpanan, pengangkutan dan penggunaan bahan toksik, mudah terbakar atau bahan lain yang berpotensi berbahaya berkenaan dengan atau berhubungan dengan apa-apa aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan atau pemprosesan mineral; (b) menghendaki pemegang sesuatu tenemen mineral untuk menyediakan dan menyenggara dalam kawasan tenemen mineral dan pemprosesan mineral itu mana-mana jalan akses dan jalan lain yang perlu dan mencukupi bagi maksud akses, keluar, pelepasan atau pemindahan selamat mana-mana orang yang tercedera; (c) memberi apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk memberhentikan apa-apa pengendalian, penggunaan kelengkapan atau amalan dalam atau dekat dengan manamana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral yang— (i) menjejaskan keselamatan atau kesihatan manamana orang; (ii) menyebabkan kerosakan kepada harta; atau (iii) menyebabkan kacau ganggu kepada atau mencacatkan kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; dan (d) memerintahkan pemberhentian serta-merta kerja dalam, dan peninggalan serta-merta semua orang dari, manamana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral atau mana-mana bahagian kawasan atau loji itu yang disifatkan sebagai tidak selamat, atau membenarkan kerja diteruskan selepas langkah berjagajaga diambil atau apa-apa perkara dilakukan sebagaimana yang difikirkannya perlu. (2) Seseorang Penolong Pengarah boleh — (a) melalui notis bertulis menghendaki seseorang pengurus mengemukakan pelan pengerjaan lombong dan penyata yang mengandungi maklumat mengenai apa-apa pengendalian melombong: Dengan syarat bahawa maklumat itu hendaklah disifatkan, jika diminta secara bertulis oleh pengurus itu, maklumat sulit bagi maksud Akta ini; dan (b) membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu dalam hal pertikaian antara penduduk tanah lombong berkenaan dengan pendudukan mereka atau penggunaan tanah itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 525 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next