(1) The Corporation may, as soon as it learns on such evidence as it deems sufficient that any person has died intestate leaving property in Malaysia, forthwith take possession thereof and provide for its safe custody until letters of administration are granted by the Court.
(2) Any person who without lawful authority or excuse removes or attempts to remove any portion of the property or destroys, conceals or refuses to yield up the same, on demand, to the Corporation, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(3) No suit shall be brought against the Corporation or any of its officers for anything done by the Corporation in relation to any such property under the authority or execution or intended execution of the powers vested in the Corporation by subsection
(1); but any person who is aggrieved thereby may make application to the Court for redress.
Malay text (authoritative)
Perbadanan boleh mengambil milik harta
(1) Perbadanan boleh, sebaik sahaja ia mengetahui atas apaapa keterangan yang difikirkannya mencukupi bahawa mana-mana orang telah meninggal dunia tidak berwasiat dengan meninggalkan harta di Malaysia, dengan serta-merta mengambil milik harta itu dan memperuntukkan bagi jagaan selamatnya sehingga surat kuasa mentadbir diberikan oleh Mahkamah.
(2) Mana-mana orang yang tanpa kuasa atau alasan yang sah mengalihkan atau cuba mengalihkan mana-mana bahagian harta itu atau memusnahkan, menyembunyikan atau enggan menyerahkan harta itu kepada Perbadanan apabila diminta, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3) Tiada guaman boleh dibawa terhadap Perbadanan atau mana-mana pegawainya bagi apa-apa jua yang dilakukan oleh Perbadanan berhubungan dengan mana-mana harta sedemikian di bawah kuasa atau pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan akan kuasa yang terletak hak pada Perbadanan oleh subseksyen (1); tetapi mana-mana orang yang terkilan dengannya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah bagi tebus rugi.
Text as at 1 September 2010 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).