My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 2

Tabung Haji Act 1995 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “appointed day” means the day appointed by the Minister under subsection 1(1); “Chief Executive Officer” means the person appointed under section 12; “committee” means a committee established under subsection 11(1);  Laws of Malaysia Act 535 “depositor” means a person who is permitted by the Lembaga under section 16 to deposit money with the Lembaga for the purposes specified in that section; “financial year” means a period of twelve calendar months ending on 31st day of December; “Fund” means the Fund of the Lembaga Tabung Haji established under section 15; “Lembaga” means the Lembaga Tabung Haji established under section 3; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for pilgrimage control; “Muslim” means a person who professes the religion of Islam; “passenger” means any person carried in an aircraft in consideration for the payment of a fare therefor; “Passport Haji” means the travel document in the prescribed form issued under section 35 to a pilgrim; “person” includes a body of persons, corporate or unincorporate; “pilgrim” means any Muslim who travels from any point of exit or other place in Malaysia or elsewhere for the purpose of pilgrimage to the Holy Land; “pilgrim aircraft” means an aircraft chartered, or in respect of which arrangements are made, for the purpose of conveying pilgrims from or to any airport in Malaysia to or from any airport which is the entry point to or the exit point from the Holy Land, and includes any aircraft carrying passengers more than a quarter of whom are pilgrims being so conveyed; “pilgrim organizer” means any person who is licensed under section 28; “pilgrim organizer licence” means a licence issued under section 28; Tabung Haji  “pilgrim ticket” means a ticket which entitles, or purports to entitle, any person to a passage on a pilgrim aircraft; “remuneration” includes salary or wages, allowances, medical benefits, free or subsidized housing and other privileges capable of being valued in money; “Reserve Fund” means the fund established under section 21; “unclaimed money” means— (a) moneys which are payable to a depositor but have remained unpaid not less than twelve months after they become payable; and (b) moneys to the credit of a depositor’s account that has not been operated by the depositor either by deposit or withdrawal for a period of not less than seven years. (2) In this Act, unless the context otherwise requires, any reference to a failure to do any act or thing shall include a reference to a refusal to do that act or thing.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “hari yang ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(1); “jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 11(1); “jemaah haji” ertinya mana-mana Muslim yang melakukan perjalanan dari mana-mana tempat keluar atau tempat lain di Malaysia atau di tempat lain bagi maksud menunaikan haji di Tanah Suci; “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 12; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah seksyen 15; “Kumpulan Wang Rizab” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 21; “Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “lesen pengelola jemaah haji” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 28; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengawalan jemaah haji; “Muslim” ertinya seseorang yang menganut agama Islam; “orang” termasuklah kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan; “Pasport Haji” ertinya dokumen perjalanan dalam bentuk yang ditetapkan yang dikeluarkan kepada seseorang jemaah haji di bawah seksyen 35; “pendeposit” ertinya orang yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16 untuk mendepositkan wang dengan Lembaga bagi maksud yang dinyatakan dalam seksyen itu; “pengelola jemaah haji” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan di bawah seksyen 28; “penumpang” ertinya mana-mana orang yang dibawa di dalam sesuatu pesawat udara sebagai balasan bayaran tambang bagi maksud itu; “pesawat udara jemaah haji” ertinya pesawat udara yang dicarter, atau yang berkenaan dengannya perkiraan dibuat, bagi maksud membawa jemaah haji dari atau ke mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke atau dari mana-mana lapangan terbang yang menjadi tempat masuk ke atau tempat keluar dari Tanah Suci, dan termasuklah mana-mana pesawat udara yang lebih daripada suku penumpang yang dibawanya ialah jemaah haji yang dibawa sedemikian; “saraan” termasuklah gaji atau upah, elaun, faedah perubatan, perumahan percuma atau bersubsidi dan keistimewaan lain yang dapat dinilai dengan wang; “tahun kewangan” ertinya tempoh dua belas bulan kalendar yang berakhir pada 31 Disember; “tiket jemaah haji” ertinya tiket yang memberikan hak, atau berupa sebagai memberikan hak, kepada mana-mana orang untuk dibawa sebagai penumpang dalam pesawat udara jemaah haji; “wang tidak dituntut” ertinya— (a) wang yang kena dibayar kepada seseorang pendeposit tetapi masih belum berbayar tidak kurang daripada dua belas bulan selepas wang itu menjadi kena dibayar; dan (b) wang yang ada dalam akaun seseorang pendeposit yang sudah tidak dikendalikan oleh pendeposit itu sama ada dengan cara pendepositan atau pengeluaran selama tempoh yang tidak kurang daripada tujuh tahun. (2) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai perihal tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda hendaklah termasuk sebutan mengenai keengganan untuk melakukan perbuatan atau benda itu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next