My bookmarksSign up free
← Tabung Haji Act 1995

Tabung Haji Act 1995 s 29

Tabung Haji Act 1995 s 29

s 29 Security deposit

(1) Every applicant to whom a pilgrim organizer licence is issued shall deposit with the Lembaga as soon as may be after the issuance of the licence, and in any case not later than such period as may be specified by the Lembaga, and shall thereafter maintain with the Lembaga a security deposit in the form of— (a) a bank guarantee in such form and for such amount as may be approved by the Lembaga; and (b) a cash deposit to such amount as may be determined by the Lembaga. (2) The Lembaga may require any pilgrim organizer to furnish a fresh bank guarantee or to deposit further cash to such amount and in such manner as the Lembaga may determine as sufficient security for the time being for the continuance of the pilgrim organizer licence. (3) The security deposit required under subsection (1) shall be held as security for the due compliance with the terms and conditions imposed by the Lembaga under subsection 28(3) and for the due performance of the obligations imposed under section 31. (4) Where any pilgrim organizer fails to comply with any of the terms and conditions or to perform any of the obligations referred to in subsection (3), he shall forfeit to the Lembaga such part of the security deposit as may be determined by the Lembaga. (5) It shall be lawful for the Lembaga from time to time to deduct from the security deposit such amount or amounts as may be required— (a) to cover the amount of any forfeiture under subsection (4); (b) to pay any sum claimed under section 31; (c) to repay any sum which may have been paid by the Lembaga in good faith to any person claiming a right to or interest in such sum.

Malay text (authoritative)

Deposit cagaran

(1) Tiap-tiap pemohon yang diberi lesen pengelola jemaah haji hendaklah mendepositkan dengan Lembaga dengan seberapa segera yang boleh selepas pengeluaran lesen itu, dan dalam apaapa hal tidak lewat daripada apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Lembaga, dan hendaklah kemudiannya menyenggara dengan Lembaga suatu deposit cagaran dalam bentuk— (a) jaminan bank dalam apa-apa bentuk dan bagi apa-apa amaun yang diluluskan oleh Lembaga; dan (b) deposit wang tunai bagi apa-apa amaun yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Lembaga boleh menghendaki mana-mana pengelola jemaah haji supaya memberikan jaminan bank baru atau mendepositkan wang tunai tambahan bagi apa-apa amaun dan mengikut apaapa cara yang ditentukan oleh Lembaga sebagai cagaran yang mencukupi buat masa itu bagi keberterusan lesen pengelola jemaah haji itu. (3) Deposit cagaran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) hendaklah dipegang sebagai cagaran bagi pematuhan wajar terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen 28(3) dan bagi pelaksanaan wajar obligasi yang dikenakan di bawah seksyen 31. (4) Jika mana-mana pengelola jemaah haji tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat atau tidak melaksanakan manamana obligasi yang disebut dalam subseksyen (3), dia hendaklah melucuthakkan kepada Lembaga apa-apa bahagian deposit cagaran itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (5) Lembaga boleh secara sah di sisi undang-undang dari semasa ke semasa memotong daripada deposit cagaran apa-apa amaun yang mungkin diperlukan— (a) untuk menunaikan amaun apa-apa pelucuthakan di bawah subseksyen (4); (b) untuk membayar apa-apa jumlah wang yang dituntut di bawah seksyen 31; (c) untuk membayar balik apa-apa jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh Lembaga dengan suci hati kepada mana-mana orang yang menuntut bahawa dia berhak atau mempunyai kepentingan terhadap jumlah wang itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 535 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next