My bookmarksSign up free
← Perbadanan Putrajaya Act 1995

Perbadanan Putrajaya Act 1995 s 18

Perbadanan Putrajaya Act 1995 s 18

s 18 Surcharge

(1) If it appears to the Perbadanan that any person who is or was in the employment of the Perbadanan— (a) has failed to collect any moneys owing to the Perbadanan for the collection of which he is responsible; (b) is or was responsible for any payment from the Fund of moneys which ought not to have been made or for any payment of moneys which is not duly approved; (c) is or was responsible, directly or indirectly, for any deficiency in, or for the destruction of, any moneys, stamps, securities, stores or other property of the Perbadanan; Laws of Malaysia Act 536 (d) being or having been an accounting officer, fails or has failed to keep proper accounts or records; or (e) has failed to make any payment, or is or was responsible for any delay in the payment, of moneys from the Fund to any person to whom such payment is due under any contract, agreement or arrangement entered into between that person and the Perbadanan, the Perbadanan shall serve on him a written notice calling on him to show cause why he should not be surcharged, and if a satisfactory explanation is not, within fourteen days from the date of service of the notice as aforesaid, furnished to the Perbadanan with regard to the failure to collect, payment which ought not to have been made, payment not duly approved, deficiency or destruction, or failure to keep proper accounts or records, or failure to make payment, or delay in making payment, the Perbadanan may surcharge against the said person a sum not exceeding the amount of any such amount not collected, such payment, deficiency, or loss, or the value of the property destroyed, as the case may be; and with regard to the failure to keep proper accounts or records, or the failure to make payment, or the delay in making payment, the Perbadanan may surcharge against the said person such sum as it thinks fit. (2) When a surcharge is made under subsection (1), the Chief Executive shall notify the person surcharged. (3) The Perbadanan may at any time withdraw any surcharge in respect of which a satisfactory explanation has been received or if it otherwise appears that no surcharge should have been made, and the Chief Executive shall at once cause the person surcharged to be notified of such withdrawal. (4) The amount of any surcharge made under subsection (1) and not withdrawn under subsection (3) shall be a debt due to the Perbadanan from the person against whom the surcharge is made and may be sued for and recovered in any court at the suit of the Perbadanan and may also be recovered by deduction— (a) from the salary of the person surcharged if the Perbadanan so directs; or (b) from the pension of the person surcharged if the Perbadanan so directs, by equal monthly instalments not exceeding one-fourth of the total monthly salary or pension, as the case may be, of that person.

Malay text (authoritative)

Surcaj

(1) Jika didapati oleh Perbadanan bahawa mana-mana surcaj orang yang sedang atau telah bekerja dengan Perbadanan — (a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Perbadanan yang bagi pemungutannya dia bertanggungjawab; (b) adalah atau telah bertanggungjawab ke atas apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau ke atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung langsung, ke atas apa-apa kekurangan pada, atau ke atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang-barang simpanan atau harta lain Perbadanan; (d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau (e) telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Perbadanan, Perbadanan hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, diberikan kepada Perbadanan berkenaan dengan kegagalan memungut, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Perbadanan boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang amaunnya tidak melebihi apa-apa amaun yang tidak dipungut, bayaran, kekurangan, atau kerugian, atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, Perbadanan boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut. (2) Apabila sesuatu surcaj telah dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Eksekutif hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan itu. (3) Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Ketua Eksekutif hendaklah dengan serta-merta menyebabkan orang yang disurcajkan itu diberitahu tentang penarikan balik itu. (4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan di mana-mana mahkamah atas guaman Perbadanan dan boleh juga didapatkan melalui pemotongan— (a) daripada gaji orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian; atau (b) daripada pencen orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian, melalui ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut manamana yang berkenaan, orang itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 536 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next