s 2B Keanggotaan Majlis
(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Perdana Menteri sebagai Pengerusi; *CATATAN–Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021]. **CATATAN–Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) [Akta 777]. (b) Menteri; (c) Menteri Kewangan; (d) Menteri yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri *makanan, atau wakilnya; (e) Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia, atau wakilnya; (f) Menteri yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi, atau wakilnya; (g) Menteri yang bertanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah, atau wakilnya; (h) Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, atau wakilnya; (i) Menteri yang bertanggungjawab bagi pelancongan, atau wakilnya; (j) Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri *dan hal ehwal pengguna, atau wakilnya; (k) Menteri yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi, atau wakilnya; (l) seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, atau wakilnya; (m) Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan industri di Sabah, atau wakilnya; (n) Menteri Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan industri di Sarawak, atau wakilnya; (o) Ketua Setiausaha Negara, atau wakilnya; *CATATAN–Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021]. (p) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, atau wakilnya; dan (q) Gabenor Bank Negara Malaysia, atau wakilnya. (2) Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1), Pengerusi boleh melantik orang yang berikut sebagai anggota Majlis: (a) seorang wakil daripada persatuan yang berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana; (b) seorang wakil daripada sektor pengilangan; (c) seorang wakil daripada sektor perkhidmatan; (d) seorang wakil daripada sektor pertanian; dan (e) apa-apa bilangan orang lain. (3) Anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a), (b), (c), (d) dan (e)— (a) hendaklah dilantik oleh Pengerusi bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun; dan (b) adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh jawatannya. (4) Perbadanan hendaklah bertindak sebagai Urus Setia kepada Majlis.