My bookmarksSign up free
← Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995

Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 s 2C

Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 s 2C

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 2C Fungsi Majlis

(1) Majlis hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk merumuskan dasar dan strategi umum untuk memudahkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; (b) untuk mengkaji semula peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi Kerajaan berhubung dengan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; (c) untuk mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan, serta membimbing kementerian dan agensi Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan akan dasar pembangunan dan pelan tindakan bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; (d) untuk menggalakkan dan mengukuhkan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; dan (e) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini. (2) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan itu. (3) Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan membuat segala benda sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. (4) Majlis hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila suatu mesyuarat diadakan oleh Pengerusi Majlis tetapi tidak kurang daripada sekali setahun. (5) Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Read this section in the full act →

Find Act 539 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next