My bookmarksSign up free
← Standards of Malaysia Act 1996

Standards of Malaysia Act 1996 s 10

Standards of Malaysia Act 1996 s 10

s 10 Duties and functions of the Director General

(1) The duties and functions of the Director General shall be to foster and promote standards and standardization of specifications as a means of advancing the national economy, benefiting the health, safety and welfare of the public, assisting and protecting consumers, promoting industrial efficiency and development, facilitating domestic and international trade and furthering international co-operation in relation to standards. (2) In discharging his duties and functions under subsection (1), the Director General may— (a) appoint a sole national agency to co-ordinate standards development activities in Malaysia with a view to developing common standards and codes and to represent Malaysia in international standardization activities; (b) promote co-operation between organizations concerned with voluntary standardization in Malaysia and Government departments and agencies for the purpose of achieving compatibility and maximum common usage of standards and codes; (c) implement criteria and procedures relating to the preparation, approval, acceptance and designation of standards in Malaysia as approved by the Minister; (d) recommend standards submitted by the sole national agency appointed under paragraph (a) as national standards where appropriate and maintain an index of approved standards; (e) collect, translate and distribute information on standards and standardization activities in and outside Malaysia; (f) promote the use of standards approved by the Minister; (g) recommend to the Minister the adoption of any international or foreign specification, with or without modifications, as are suitable for use in Malaysia; (h) accredit, in accordance with criteria and procedures approved by the Minister, organizations in Malaysia that are engaged in conformity assessment and maintain a register of accredited organizations and of their marks of conformity; (i) appoint organizations as agents to provide assessment services for accreditation and registration provided under this Act; (j) accredit testing laboratories, calibration laboratories and training organizations engaged in training personnel in conformity assessment; (k) register, in accordance with criteria and procedures approved by the Minister, persons engaged in conformity assessment services, such as consultancy and auditing, and maintain a register of qualified persons; (l) establish and register under the Trade Marks Act 1976 the Department of Standards’ own accreditation marks; (m) authorize and regulate the use of any accreditation mark referred to under paragraph (l); (n) co-operate with the State Governments, local authorities, the industrial, commercial and trading sectors and such other organizations as he may determine with a view to securing the adoption of standards; (o) promote, in co-operation with Malaysian organizations engaged in voluntary standards formulation, testing, certification and accreditation, co-operative arrangements with organizations similarly engaged in other countries for the exchange of information; (p) advise the Minister on the requirement, sources and allocation of financial resources to Malaysian organizations concerned with voluntary standardization to assist them in meeting national and international requirements; (q) seek and maintain liaison with local and foreign organizations concerned with standardization and other related matters in the public and private sectors, and to maintain contact with industrial needs in standardization; and (r) perform any other function as the Minister may require.

Malay text (authoritative)

Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah

(1) Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah untuk menggalakkan dan memajukan standard dan penstandardan penentuan sebagai cara memajukan ekonomi negara, memanfaatkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam, membantu dan melindungi pengguna, memajukan kecekapan dan pembangunan industri, memudahkan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dan melanjutkan kerjasama antarabangsa berhubungan dengan standard. (2) Pada menunaikan kewajipan dan fungsinya di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh— (a) melantik agensi kebangsaan tunggal untuk menyelaraskan aktiviti pembangunan standard di Malaysia dengan tujuan membangunkan standard dan kod umum dan untuk mewakili Malaysia dalam aktiviti penstandardan antarabangsa; (b) menggalakkan kerjasama antara organisasi yang terlibat dalam penstandardan sukarela di Malaysia dan jabatan dan agensi Kerajaan bagi maksud mencapai keserasian, dan penggunaan umum yang maksimum bagi, standard dan kod; (c) melaksanakan kriteria dan tatacara berhubungan dengan penyediaan, kelulusan, penerimaan dan penetapan standard di Malaysia sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; (d) mengesyorkan standard yang dikemukakan oleh agensi kebangsaan tunggal yang dilantik di bawah perenggan (a) sebagai standard kebangsaan, jika sesuai, dan menyenggarakan indeks standard yang diluluskan; (e) mengumpul, menterjemah dan menyebarkan maklumat mengenai standard dan aktiviti penstandardan di dalam dan di luar Malaysia; (f) menggalakkan penggunaan standard yang diluluskan oleh Menteri; (g) mengesyorkan kepada Menteri supaya diterima pakai manamana penentuan antarabangsa atau luar negeri, dengan atau tanpa ubah suaian, sebagaimana yang sesuai bagi kegunaan di Malaysia; (h) mengakreditasikan, mengikut kriteria dan tatacara yang diluluskan oleh Menteri, organisasi di Malaysia yang terlibat dalam penilaian ketepatan dan menyenggarakan suatu daftar organisasi yang diakreditasikan dan tanda ketepatan mereka; (i) melantik organisasi-organisasi sebagai ejen untuk mengadakan perkhidmatan penilaian bagi pengakreditasian dan pendaftaran yang diperuntukkan di bawah Akta ini; (j) mengakreditasikan makmal pengujian, makmal penentukuran dan organisasi latihan yang terlibat dalam melatih kakitangan dalam penilaian ketepatan; (k) mendaftarkan, mengikut kriteria dan tatacara yang diluluskan oleh Menteri, orang yang terlibat dalam perkhidmatan penilaian ketepatan, seperti perundingan dan pengauditan, dan menyenggarakan suatu daftar orang berkelayakan; (l) menetapkan dan mendaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, tanda akreditasi Jabatan Standard sendiri; (m) membenarkan dan mengawal selia penggunaan mana-mana tanda akreditasi yang disebut di bawah perenggan (l); (n) bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, sektor perindustrian, komersil dan tred dan manamana organisasi lain yang ditentukannya dengan tujuan memastikan standard diterima pakai; (o) menggalakkan, dengan kerjasama organisasi Malaysia yang terlibat dalam pembentukan, pengujian, pemerakuan dan pengakreditasian standard secara sukarela, perkiraan kerjasama dengan organisasi yang terlibat seumpamanya di negara lain bagi pertukaran maklumat; (p) menasihati Menteri tentang keperluan, sumber dan penguntukan sumber kewangan kepada organisasi Malaysia yang terlibat dalam penstandardan sukarela untuk membantu mereka memenuhi kehendak kebangsaan dan antarabangsa; (q) menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan organisasi tempatan dan luar negeri yang terlibat dalam penstandardan dan perkara berkaitan yang lain dalam sektor awam dan swasta, dan mengekalkan pendedahan terhadap keperluan perindustrian dalam penstandardan; dan (r) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang dikehendaki oleh Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 549 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next