Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 24
Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 24
s 24 All private higher educational institutions to be registered
(1) Every private higher educational institution shall be registered under this Part.
(2) An application for registration shall be made to the Registrar General—
(a) within three years from the date of the approval for the establishment of the private higher educational institution granted under Part III;
(b) on the prescribed form and in the prescribed manner;
(c) accompanied by the prescribed fee;
(d) together with a comprehensive fee structure to be imposed on students with respect to each course of study.; and
(e) any other information, particulars or documents as may be required by the Registrar General.
(3) If the private higher educational institution is not registered within the time specified in paragraph (2)(a), the approval granted for its establishment under Part III shall be deemed to have been withdrawn unless an extension of time is granted by the Minister.
(4) At any time after receiving the application for registration and before it is determined, the Registrar General may by written notice require the private higher educational institution to provide additional information, particulars or documents.
(5) The requirement under subsection (4) may differ as between different descriptions of private higher educational institutions.
(6) An application for registration may be withdrawn at any time before it is granted or refused.
(7) Subject to subsection (3), where additional information, particulars or documents required under subsection (4) is or are not provided within the time specified in the requirement or an extension thereof, the application—
(a) shall be deemed to have been withdrawn; and
(b) shall not be further proceeded with,
without prejudice to a fresh application being made by the private higher educational institution.
(8) The Registrar General may refuse to proceed with an application, and may require that the application be appropriately amended or completed and resubmitted or that a fresh application be submitted in its place if—
(a) the application form as prescribed is not duly completed by reason of any omission or misdescription;
(b) the application form contains an error or alteration; or
(c) the application does not comply with any other prescribed requirement.
(9) The Registrar General may, upon an application for registration having been duly made and after such investigation as he may think necessary—
(a) register and issue a certificate of registration to the private higher educational institution upon payment of the prescribed fee; or
(b) refuse the application.
(10) The Registrar General may impose any condition as he may deem necessary upon registration.
(11) A private higher educational institution aggrieved by the decision of the Registrar General—
(a) refusing the application for registration; or
(b) imposing any condition under subsection (10),
may appeal to the Minister, within twenty-one days from being notified of the decision appealed against.
(12) Where there is an appeal made under subsection (11), the Registrar General shall prepare and submit to the Minister the grounds of his decision.
Malay text (authoritative)
Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah didaftarkan
(1) Tiap-tiap institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah didaftarkan di bawah Bahagian ini.
(2) Permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar—
(a) dalam masa tiga tahun dari tarikh kelulusan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta yang diberikan di bawah Bahagian III;
(b) dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan;
(c) disertai fi yang ditetapkan; dan
(d) bersekali dengan struktur fi yang menyeluruh yang hendak dikenakan ke atas pelajar mengenai setiap kursus pengajian.
(3) Jika institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak didaftarkan dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (2)(a), maka kelulusan yang diberikan bagi penubuhannya di bawah Bahagian III hendaklah disifatkan ditarik balik melainkan jika lanjutan masa diberikan oleh Menteri.
(4) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pendaftaran dan sebelum ia ditentukan, Ketua Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta itu memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
(5) Kehendak di bawah subseksyen (4) boleh berbeza antara perihalan yang berlainan institusi pendidikan tinggi swasta.
(6) Permohonan pendaftaran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia dibenarkan atau ditolak.
(7) Tertakluk kepada subseksyen (3), jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau lanjutan masa, permohonan itu—
(a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan
(b) tidak boleh diteruskan,
tanpa menjejaskan institusi pendidikan tinggi swasta itu untuk membuat permohonan baru.
(8) Ketua Pendaftar boleh menolak untuk meneruskan sesuatu permohonan dan boleh meminta supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dan mengemukakannya semula atau mengemukakan suatu permohonan baru bagi menggantikannya jika—
(a) borang permohonan yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sempurna disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
(b) borang permohonan mengandungi kesalahan atau pengubahan; atau
(c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa keperluan yang ditetapkan.
(9) Ketua Pendaftar boleh, apabila permohonan bagi pendaftaran dibuat dengan sewajarnya dan selepas apa-apa penyiasatan yang difikirkannya perlu—
(a) mendaftarkan dan mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada institusi pendidikan tinggi swasta itu setelah dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b) menolak permohonan itu.
(10) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu atas pendaftaran.
(11) Institusi pendidikan tinggi swasta yang terkilan dengan keputusan Ketua Pendaftar—
(a) menolak permohonan pendaftaran; atau
(b) mengenakan apa-apa syarat di bawah subseksyen (10),
boleh merayu kepada Menteri, dalam masa dua puluh satu hari daripada diberitahu tentang keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat.
(12) Jika terdapat rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (11), Ketua Pendaftar hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri alasan keputusannya.
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).