Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 27
Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 27
s 27 Refusal of registration
The Registrar General may refuse to register a private higher educational institution if he is satisfied—
(a) that the private higher educational institution or any part thereof, for reasons of safety and health—
(i) is unsuitable for use as an educational institution;
(ii) has no adequate and satisfactory area for the recreation of the students;
(iii) is unsuitably sited;
(iv) is unsuitable by reason of danger from fire; or
(v) is otherwise a dangerous building;
(b) that the private higher educational institution is likely to be used for a purpose of providing education, instruction or training that the Registrar General, for any reason,
deems detrimental to the interest of Malaysia, the public or the students;
(c) that the name under which the private higher educational institution is to be registered is, in his opinion, undesirable; or
(d) that the fee structure proposed for the students is unreasonable.
Malay text (authoritative)
Penolakan pendaftaran
Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan suatu institusi pendidikan tinggi swasta jika dia berpuas hati—
(a) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu atau manamana bahagiannya, atas alasan keselamatan dan kesihatan—
(i) adalah tidak sesuai bagi kegunaan sebagai institusi pendidikan;
(ii) tidak mempunyai kawasan yang mencukupi dan memuaskan bagi rekreasi pelajar;
(iii) terletak di tempat yang tidak sesuai;
(iv) adalah tidak sesuai disebabkan oleh bahaya kebakaran; atau
(v) adalah selainnya suatu bangunan yang berbahaya;
(b) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu berkemungkinan digunakan bagi maksud memberikan pendidikan, ajaran atau latihan yang difikirkan oleh Ketua Pendaftar, atas apa-apa sebab, sebagai memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar;
(c) bahawa nama yang dengannya institusi pendidikan tinggi swasta itu didaftarkan adalah pada pendapat Ketua Pendaftar, tidak sesuai; atau
(d) bahawa struktur fi yang dicadangkan bagi pelajar adalah tidak munasabah.
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).