Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 58
Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 58
s 58 Power of Minister to give directions to safeguard interest of students
(1) Where on his own volition a chief executive informs the Minister or where as a result of an inspection made under Part XII or for any other reason the Minister is of the opinion that a private higher educational institution—
(a) is unable to meet its obligations to its students;
(b) is about to suspend its operations; or
(c) is carrying on its activities in a manner detrimental to the interest of Malaysia, the public or the students,
the Minister may, without prejudice to the generality of the powers of the Minister to give directions under section 5, for the purpose of safeguarding the interest of Malaysia, the public and the students of the private higher educational institution—
(aa) direct the private higher educational institution in question to take such steps as the Minister considers necessary to rectify any matter or circumstances;
(bb) direct that a person or a committee to be appointed or himself appoint a person or a committee to advise the chief executive in the management of the private higher educational institution; or
(cc) take such action as the Minister considers necessary in the circumstances of the case to bring the affairs of the private higher educational institution into accord with the provisions of this Act.
(2) Every direction of the Minister made under subsection (1) or advice or instruction of a person or a committee appointed under paragraph (1)(bb) shall be binding on the private higher educational institution.
(3) All expenses incurred by the person or the committee appointed under paragraph (1)(bb) shall be paid by the private higher educational institution.
(4) Where a private higher educational institution fails to comply with any advice or instruction given to it by the person or committee appointed under paragraph (1)(bb), such non-compliance may be a ground for revoking its approval.
Malay text (authoritative)
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan demi melindungi kepentingan pelajar
(1) Jika atas kerelaannya sendiri seorang ketua eksekutif memberitahu Menteri atau jika daripada hasil pemeriksaan yang dibuat di bawah Bahagian XII atau atas apa-apa sebab lain Menteri berpendapat bahawa sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta—
(a) tidak dapat memenuhi obligasinya kepada pelajarnya;
(b) hampir menggantung kegiatan perniagaannya; atau
(c) sedang menjalankan aktivitinya dalam cara yang memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar,
maka Menteri boleh, tanpa menjejaskan keluasan kuasa Menteri untuk memberikan arahan di bawah seksyen 5, demi melindungi kepentingan Malaysia, orang awam dan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu—
(aa) mengarahkan supaya institusi pendidikan tinggi swasta yang berkenaan mengambil apa-apa langkah yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membetulkan apa-apa perkara atau membaiki apaapa hal keadaan;
(bb) mengarahkan supaya seseorang atau suatu jawatankuasa dilantik, atau Menteri sendiri melantik seseorang atau suatu jawatankuasa, untuk menasihatkan ketua eksekutif tentang cara pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta itu; atau
(cc) mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh Menteri dalam hal keadaan kes itu untuk menjadikan hal ehwal institusi pendidikan tinggi swasta itu selaras dengan peruntukan Akta ini.
(2) Tiap-tiap arahan Menteri yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau nasihat atau arahan seseorang atau sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb) hendaklah mengikat institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(3) Kesemua perbelanjaan yang dilakukan oleh orang atau jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb) hendaklah dibayar oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(4) Jika suatu institusi pendidikan tinggi swasta tidak mematuhi apa-apa nasihat atau arahan yang diberikan kepadanya oleh orang atau jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb), maka
ketidakpatuhan itu boleh dijadikan alasan untuk membatalkan kelulusannya.
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).