Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 70
Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 70
s 70 Power to call for examination
(1) An investigating officer may by notice in writing require any person acquainted with the facts and circumstances of a case to appear before him and to be examined orally and shall reduce into writing any statement made by the person so examined.
(2) Such person shall be legally bound to answer the questions relating to such case put to him by the investigating officer and to state the truth, whether or not the statement is made wholly or partly in answer to questions, and shall not refuse to answer any question on the ground that it tends to incriminate him.
(3) A statement made by any person under this section shall be taken down in writing and signed by the person making it or affixed with his thumb print, as the case may be—
(a) after it has been read to him; and
(b) after he has been given an opportunity to make any correction he may wish.
(4) Where the person examined under this section refuses to sign or affix his thumb print on the statement, the investigating officer shall endorse thereon under his hand the fact of such refusal and the reason therefor, if any, stated by the person so examined.
(5) Any statement made and recorded under this section shall be admissible as evidence in any proceeding in any court.
(6) Any person who—
(a) fails to appear before an investigating officer as required under subsection (1);
(b) refuses to answer any question put to him by an investigating officer under subsection (2): or
(c) furnishes to an investigating officer information or a statement that is false or misleading in any material particular,
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk memanggil bagi tujuan pemeriksaan
(1) Pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan keadaan sesuatu kes hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
(2) Orang itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penyiasat dan untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan, dan tidak boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia bersalah.
(3) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya; dan
(b) selepas dia diberikan peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dimahukannya.
(4) Jika orang yang diperiksa di bawah seksyen ini enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan itu, pegawai penyiasat hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
(5) Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mana-mana mahkamah.
(6) Mana-mana orang yang—
(a) tidak hadir di hadapan seseorang pegawai penyiasat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1);
(b) enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (2); atau
(c) memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).