My bookmarksSign up free
← Financial Reporting Act 1997

Financial Reporting Act 1997 s 2

Financial Reporting Act 1997 s 2

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “acceptable internationally recognised accounting standards” means accounting standards issued by other accounting standards issuing bodies granted recognition by the Board under section 26 A; “accounting standards” means statements of standard accounting practices used for the preparation of financial statements; “approved accounting standards” means— (a) new accounting standards issued by the Board under paragraph 7(1)(a); (b) existing accounting standards adopted by the Board under paragraph 7(1)(b); and (c) in relation to foreign companies listed on a stock exchange in Malaysia, acceptable internationally recognised accounting standards; “Board” means the Malaysian Accounting Standards Board established under section 7; “Central Bank” means the Central Bank of Malaysia established under the Central Bank of Malaysia Act 1958 [Act 519]; “foreign company” has the same meaning as in the Companies Act 1965; “Foundation” means the Financial Reporting Foundation established under section 3; “Fund” means the Fund established under subsection 19(1); “issues bulletin” means a statement issued or approved by the Board under subsection 7(1) concerning the interpretation, application or implementation of any approved accounting standards or matters relating to approved accounting standards or any matter relating to accounting practices used for the preparation of financial statements, either generally or in relation to any specific accounting principles or transactions; “MASB approved accounting standards” means approved accounting standards other than acceptable internationally recognised accounting standards; “Malaysian Institute of Accountants” means the body established under section 3 of the Accountants Act 1967 [Act 94]; “Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for finance; “principal officer”, in relation to a public listed company, means a person by whatever name called who is responsible for the conduct of the business and administration of the public listed company, and includes a non-executive chairman of the public listed company; “Registrar of Companies” means the Registrar of Companies appointed under the Companies Act 1965 [Act 125]; “Securities Commission” means the Securities Commission established under the Securities Commission Act 1993 [Act 498].

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; “buletin isu” ertinya pernyataan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga di bawah subseksyen 7(1A) berkenaan dengan tafsiran, pemakaian atau pelaksanaan mana-mana piawaian perakaunan diluluskan atau perkara yang berhubungan dengan piawaian perakaunan diluluskan atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan amalan perakaunan yang digunakan bagi penyediaan penyata kewangan, sama ada secara am atau berhubungan dengan apa-apa prinsip atau transaksi perakaunan yang khusus; “Institut Akauntan Malaysia” ertinya badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Akauntan 1967 [Akta 94]; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 19(1); “Lembaga” ertinya Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7; “Lembaga Pemantauan Audit” ertinya Lembaga Pemantauan Audit yang ditubuhkan di bawah seksyen 31 C Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “pegawai utama”, berhubungan dengan sesuatu syarikat awam tersenarai, ertinya seseorang, dengan nama apa jua disebut, yang bertanggungjawab bagi perjalanan perniagaan dan pentadbiran syarikat awam tersenarai itu, dan termasuk pengerusi bukan eksekutif syarikat awam tersenarai itu; “Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat yang dilantik di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “piawaian perakaunan” ertinya pernyataan amalan perakaunan yang lazim yang digunakan bagi menyediakan penyata kewangan; “piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima” ertinya piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh badan-badan pengeluar piawaian Laporan Kewangan perakaunan yang lain yang diberi pengiktirafan oleh Lembaga di bawah seksyen 26A; “piawaian perakaunan diluluskan” ertinya — (a) piawaian perakaunan baru yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(a); (b) piawaian perakaunan yang sedia ada yang diterima pakai oleh Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(b); dan (c) berhubungan dengan syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia, piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima; “piawaian perakaunan diluluskan MASB” ertinya piawaian perakaunan diluluskan selain piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima; “Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]; “syarikat asing” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Syarikat 1965; “Yayasan” ertinya Yayasan Laporan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 558 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next