My bookmarksSign up free
← Financial Reporting Act 1997

Financial Reporting Act 1997 s 26D

Financial Reporting Act 1997 s 26D

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 26D Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan

(1) Jika penyata kewangan dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat, penyata kewangan itu hendaklah disifatkan tidak mematuhi kehendak undang-undang itu melainkan penyata kewangan itu telah disediakan dan dikendalikan mengikut piawaian perakaunan diluluskan tertakluk kepada apa-apa spesifikasi, garis panduan atau peraturan-peraturan yang boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara berkenaan dengan penyata kewangan itu menurut apa-apa undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara. (2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pihak berkuasa yang berikut: (a) Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan perbadanan yang disenaraikan dalam bursa saham atau mana-mana entiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti; (b) Bank Negara berkenaan dengan mana-mana entiti yang diselia oleh Bank Negara; atau (c) Pendaftar Syarikat berkenaan dengan semua entiti lain yang tidak termasuk di bawah perenggan (a) atau (b).

Read this section in the full act →

Find Act 558 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next