My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 126

Evidence Act 1950 s 126

s 126 Professional communications

(1) No advocate shall at any time be permitted, unless with his client’s express consent, to disclose any communication made to him in the course and for the purpose of his employment as such advocate by or on behalf of his client, or to state the contents or condition of any document with which he has become acquainted in the course and for the purpose of his professional employment, or to disclose any advice given by him to his client in the course and for the purpose of such employment: Provided that nothing in this section shall protect from disclosure— (a) any such communication made in furtherance of any illegal purpose; (b) any fact observed by any advocate in the course of his employment as such showing that any crime or fraud has been committed since the commencement of his employment. (2) It is immaterial whether the attention of the advocate was or was not directed to the fact by or on behalf of his client. Explanation—The obligation stated in this section continues after the employment has ceased. ILLUSTRATIONS (a) A, a client, says to B, an advocate: “I have committed forgery and I wish you to defend me.” As the defence of a man known to be guilty is not a criminal purpose this communication is protected from disclosure. (b) A, a client, says to B, an advocate: “I wish to obtain possession of property by the use of a forged deed on which I request you to sue.” This communication being made in furtherance of a criminal purpose is not protected from disclosure. (c) A, being charged with embezzlement, retains B, an advocate, to defend him. In the course of the proceedings B observes that an entry has been made in A’s account book, charging A with the sum said to have been embezzled, which entry was not in the book at the commencement of his employment. This being a fact observed by B in the course of his employment, showing that a fraud has been committed since the commencement of the proceedings, it is not protected from disclosure.

Malay text (authoritative)

Komunikasi profesional

(1) Tiada peguam bela boleh pada bila-bila masa dibenarkan, melainkan jika dengan persetujuan nyata kliennya, untuk mendedahkan apa-apa komunikasi yang telah dibuat kepadanya dalam perjalanan pekerjaannya dan bagi maksud dia diambil kerja sebagai peguam bela itu oleh atau bagi pihak kliennya, atau menyatakan kandungan atau keadaan apa-apa dokumen yang diketahuinya dalam perjalanan dan bagi maksud pekerjaan profesionalnya, atau mendedahkan apa-apa nasihat yang telah diberikan olehnya kepada kliennya dalam perjalanan dan bagi maksud pekerjaan itu: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melindungi daripada didedahkan— (a) apa-apa komunikasi sedemikian yang dibuat bagi mencapai apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang; (b) apa-apa fakta yang diketahui oleh mana-mana peguam bela dalam perjalanan pekerjaannya sedemikian yang menunjukkan bahawa apa-apa jenayah atau fraud telah dilakukan sejak dia mula diambil kerja. (2) Tidaklah menjadi matan sama ada perhatian peguam bela itu telah diarahkan atau tidak diarahkan kepada fakta itu oleh atau bagi pihak kliennya. Huraian—Kewajipan yang dinyatakan dalam seksyen ini berterusan walaupun perkhidmatan tersebut telah terhenti. (a) A, seorang klien, berkata kepada B, seorang peguam bela: “Saya telah melakukan pemalsuan dan saya minta anda membela saya.” Oleh sebab membela seseorang yang diketahui bersalah bukanlah suatu maksud jenayah, komunikasi ini terlindung daripada pendedahan. (b) A, seorang klien, berkata kepada B, seorang peguam bela: “Saya hendak mengambil milik harta dengan menggunakan suatu surat ikatan yang dipalsukan dan berasaskannya saya minta anda membawa guaman.” Komunikasi ini yang dibuat bagi mencapai suatu maksud jenayah tidak terlindung daripada pendedahan. (c) A, yang dituduh atas kesalahan penggelapan, mengambil kerja B, seorang peguam bela, untuk membelanya. Dalam perjalanan prosiding itu B perhatikan bahawa suatu catatan telah dibuat dalam buku akaun A, mempertanggungkan A dengan jumlah wang yang dikatakan telah digelapkan itu, dan catatan itu tidak ada dalam buku tersebut pada masa perkhidmatannya bermula. Oleh sebab ini ialah suatu fakta yang telah diperhatikan oleh B dalam perjalanan pekerjaannya, dan fakta itu menunjukkan bahawa suatu fraud telah dilakukan semenjak prosiding itu bermula, fakta itu tidak terlindung daripada pendedahan.

Read this section in the full act → · Open Chapter IX →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next