My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 165

Evidence Act 1950 s 165

s 165 Judge’s power to put questions or order production

The Judge may, in order to discover or to obtain proper proof of relevant facts, ask any question he pleases, in any form at any time, of any witness or of the parties, about any fact relevant or irrelevant; and may order the production of any document or thing; and neither the parties nor their agents shall be entitled to make any objection to any such question or order, nor, without the leave of the court, to crossexamine any witness upon any answer given in reply to any such question: Provided that— (i) the judgment must be based upon facts declared by this Act to be relevant and duly proved; (ii) this section shall not authorize any Judge to compel any witness to answer any question or to produce any document which the witness would be entitled to refuse to answer or produce under sections 121 to 131 if the question were asked or the document were called for by the adverse party; nor shall the Judge ask any question which it would be improper for any other person to ask under section 148 or 149; nor shall he dispense with the primary evidence of any document, except in the cases hereinbefore excepted.

Malay text (authoritative)

Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta berkaitan, menanyakan apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada berkaitan atau tidak berkaitan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau, tanpa kebenaran mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu: Dengan syarat bahawa— (i) penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sewajarnya; (ii) seksyen ini tidak membenarkan mana-mana Hakim memaksa mana-mana saksi untuk menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen yang saksi itu berhak untuk enggan menjawab atau mengemukakan di bawah seksyen 121 hingga 131 jika soalan itu ditanya atau dokumen itu diminta oleh pihak menentang; juga Hakim tidak boleh bertanya apa-apa soalan yang tidak wajar ditanya oleh orang lain di bawah seksyen 148 atau 149; juga dia tidak boleh mengetepikan keterangan primer mengenai mana-mana dokumen , kecuali dalam hal yang dikecualikan terdahulu daripada ini.

Read this section in the full act → · Open Chapter X →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next