Evidence Act 1950 s 30
s 30 Consideration of proved confession affecting person making it and others jointly under trial for same offence
(1) When more persons than one are being tried jointly for the same offence, and a confession made by one of those persons affecting himself and some other of those persons is proved, the court may take into consideration the confession as against the other person as well as against the person who makes the confession.
(2) (Deleted by Act A324).
Explanation— “offence” as used in this section includes the abetment of or attempt to commit the offence.
ILLUSTRATIONS
(a) A and B are jointly tried for the murder of C. It is proved that A said: “B and I murdered C.” The court may consider the effect of this confession as against B.
(b) A is on his trial for the murder of C. There is evidence to show that C was murdered by A and B and that B said: “A and I murdered C.”
This statement may not be taken into consideration by the court against A as B is not being jointly tried.
Malay text (authoritative)
Pertimbangan mengenai pengakuan salah terbukti yang menyentuh orang yang membuatnya dan orang lain yang dibicarakan bersesama atas kesalahan yang sama
(1) Apabila lebih daripada seorang dibicarakan bersesama atas suatu kesalahan yang sama, dan pengakuan salah yang dibuat oleh seorang daripada mereka yang menyentuh dirinya dan beberapa orang yang lain itu terbukti, mahkamah boleh menimbangkan pengakuan salah itu bagi menentang orang yang lain itu dan juga bagi menentang orang yang membuat pengakuan salah itu.
(2) (Dipotong oleh Akta A324).
Huraian—“kesalahan” sebagaimana yang digunakan dalam seksyen ini termasuklah pensubahatan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.
(a) A dan B dibicarakan bersesama kerana membunuh C. Dibuktikan bahawa A telah berkata: “Saya dan B telah membunuh C.” Mahkamah boleh menimbangkan kesan pengakuan salah ini bagi menentang B.
(b) A dibicarakan kerana membunuh C. Keterangan menunjukkan bahawa C telah dibunuh oleh A dan B dan bahawa B telah berkata: “Saya dan A telah membunuh C.”
Pernyataan ini tidak boleh diberi pertimbangan oleh mahkamah terhadap A kerana B tidak dibicarakan bersesama.
Read this section in the full act → · Open Chapter II →
Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).