(1) No fact need be proved in any proceeding which the parties thereto or their agents agree to admit at the hearing or which before the hearing they agree to admit by any writing under their hands, or which by any rule of pleading in force at the time they are deemed to have admitted by their pleadings:
Provided that the court may, in its discretion, require the facts admitted to be proved otherwise than by such admissions.
(2) This section has no application to criminal proceedings.
Malay text (authoritative)
Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan
(1) Tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau yang sebelum pendengaran itu, mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan yang ditandatangani mereka sendiri, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuat kuasa, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka:
Dengan syarat bahawa mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain dengan pengakuan sedemikian.
(2) Seksyen ini tidak terpakai bagi prosiding jenayah.
Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).