My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 62

Evidence Act 1950 s 62

s 62 Primary evidence

Primary evidence means the document itself produced for the inspection of the court. Explanation 1—Where a document is executed in several parts, each part is primary evidence of the document. Where a document is executed in counterpart, each counterpart being executed by one or some of the parties only, each counterpart is primary evidence as against the parties executing it. Explanation 2—Where a number of documents are all made by one uniform process, as in the case of printing, lithography or photography, each is primary evidence of the contents of the rest; but where they are all copies of a common original they are not primary evidence of the contents of the original. Explanation 3—A document produced by a computer is primary evidence. ILLUSTRATION A person is shown to have been in possession of a number of placards, all printed at one time from one original. Any one of the placards is primary evidence of the contents of any other, but no one of them is primary evidence of the contents of the original.

Malay text (authoritative)

Keterangan primer

Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah. Huraian 1—Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam beberapa bahagian, setiap bahagian itu ialah keterangan primer bagi dokumen itu. Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam kaunterpart dan setiap kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, setiap kaunterpart itu ialah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakannya. Huraian 2—Jika sebilangan dokumen kesemuanya dibuat melalui satu proses yang seragam, seperti dalam hal percetakan, litografi atau fotografi, setiap dokumen itu ialah keterangan primer mengenai kandungan yang lainnya itu; tetapi jika dokumen itu adalah semuanya salinan dokumen asal yang sama, dokumen itu bukanlah keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu. Huraian 3—Sesuatu dokumen yang dihasilkan oleh komputer ialah keterangan primer. Seseorang dibuktikan telah memiliki beberapa plakad, kesemuanya dicetak sekaligus daripada satu dokumen asal. Mana-mana satu daripada plakad itu ialah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter V →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next