My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 65

Evidence Act 1950 s 65

s 65 Cases in which secondary evidence relating to documents may be given

(1) Secondary evidence may be given of the existence, condition or contents of a document admissible in evidence in the following cases: (a) when the original is shown or appears to be in the possession or power— (i) of the person against whom the document is sought to be proved; (ii) of any person out of reach of or not subject to the process of the court; or (iii) of any person legally bound to produce it, and when after the notice mentioned in section 66 such person does not produce it; (b) when the existence, condition or contents of the original have been proved to be admitted in writing by the person against whom it is proved or by his representative in interest; (c) when the original has been destroyed or lost, or when the party offering evidence of its contents cannot for any other reason not arising from his own default or neglect produce it in reasonable time; (d) when the original is of such a nature as not to be easily movable; (e) when the original is a public document within the meaning of section 74; (f) when the original is a document of which a certified copy is permitted by this Act or by any other law in force for the time being in Malaysia to be given in evidence; (g) when the originals consist of numerous accounts or other documents which cannot conveniently be examined in court, and the fact to be proved is the general result of the whole collection. (2) (a) In the cases referred to in paragraphs (1)(a), (c) and (d) any secondary evidence of the contents of the document is admissible. (b) In the case referred to in paragraph (1)(b) the written admission is admissible. (c) In the case referred to in paragraph (1)(e) or (f) a certified copy of the document but no other kind of secondary evidence is admissible. (d) In the case referred to in paragraph (1)(g) evidence may be given as to the general result of the documents by any person who has examined them and who is skilled in the examination of such documents.

Malay text (authoritative)

Hal yang dalamnya keterangan sekunder yang berhubungan dengan dokumen boleh diberikan

(1) Keterangan sekunder boleh diberikan mengenai kewujudan, keadaan atau kandungan sesuatu dokumen yang boleh diterima sebagai keterangan dalam hal yang berikut: (a) apabila dokumen asal dibuktikan atau didapati berada dalam milikan atau di bawah kuasa— (i) orang yang terhadapnya dokumen itu hendak dibuktikan; (ii) mana-mana orang yang di luar bidang kuasa atau yang tidak tertakluk kepada proses mahkamah; atau (iii) mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakannya, dan setelah diberikan notis yang disebut dalam seksyen 66, orang itu tidak mengemukakannya; (b) apabila kewujudan, keadaan atau kandungan dokumen asal itu telah dibuktikan sebagai diakui secara bertulis oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakil dari segi kepentingannya; (c) apabila dokumen asal itu telah musnah atau hilang, atau apabila pihak yang menawarkan keterangan mengenai kandungannya tidak dapat mengemukakannya dalam masa yang munasabah kerana apa-apa sebab lain yang tidak berbangkit daripada kemungkiran atau keabaiannya sendiri; (d) apabila dokumen asal itu adalah sebegitu keadaannya hingga ia tidak boleh dialih dengan mudah; (e) apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen awam mengikut pengertian seksyen 74; (f) apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen yang salinan diperakuinya dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa di Malaysia untuk diberikan sebagai keterangan; (g) apabila dokumen asal itu terdiri daripada berbagai-bagai keterangan atau dokumen lain yang tidak boleh diperiksa dengan mudahnya di mahkamah, dan fakta yang hendak dibuktikan itu ialah kesimpulan am mengenai kesemuanya itu. (2) (a) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(a), (c) dan (d), apa-apa keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen itu bolehlah diterima. (b) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(b), pengakuan bertulis itu bolehlah diterima. (c) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(e) atau (f), salinan diperakui dokumen itu boleh diterima, tetapi tidak keterangan sekunder jenis lain. (d) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(g), keterangan boleh diberikan tentang kesimpulan am mengenai dokumen itu oleh mana-mana orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan dokumen sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Chapter V →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next