s 9 Facts necessary to explain or introduce relevant facts
Facts necessary to explain or introduce a fact in issue or relevant fact, or which support or rebut an inference suggested by a fact in issue or relevant fact, or which establish the identity of any thing or person whose identity is relevant, or fix the time or place at which any fact in issue or relevant fact happened or which show the relation of parties by whom any such fact was transacted, are relevant so far as they are necessary for that purpose.
ILLUSTRATIONS
(a) The question is whether a given document is the will of A.
The state of A’s property and of his family at the date of the alleged will may be relevant facts.
(b) A sues B for a libel imputing disgraceful conduct to A; B affirms that the matter alleged to be libellous is true.
The position and relations of the parties at the time when the libel was published may be relevant facts as introductory to the facts in issue.
The particulars of a dispute between A and B about a matter unconnected with the alleged libel are irrelevant, though the fact that there was a dispute may be relevant if it affected the relations between A and B.
(c) A is accused of a crime.
The fact that soon after the commission of the crime A absconded from his house is relevant under section 8 as conduct subsequent to and affected by facts in issue.
The fact that at the time when he left home he had sudden and urgent business at the place to which he went is relevant as tending to explain the fact that he left home suddenly.
The details of the business on which he left are not relevant, except in so far as they are necessary to show that the business was sudden and urgent.
(d) A sues B for inducing C to break a contract of service made by him with A. C on leaving A’s service says to A: “I am leaving you because B has made me a better offer.” This statement is a relevant fact as explanatory of C’s conduct, which is relevant as a fact in issue.
(e) A accused of theft is seen to give the stolen property to B, who is seen to give it to A’s wife. B says as he delivers it: “A says you are to hide this.” B’s statement is relevant as explanatory of a fact which is part of the transaction.
(f) A is tried for a riot and is proved to have marched at the head of a mob. The cries of the mob are relevant as explanatory of the nature of the transaction.
Malay text (authoritative)
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta berkaitan
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu inferens yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta berkaitan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya adalah berkaitan, atau yang menetapkan masa atau tempat yang mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, adalah berkaitan setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.
(a) Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.
Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu boleh menjadi fakta berkaitan.
(b) A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang mentohmah A berkelakuan keji; B menegaskan bahawa perkara yang dikatakan sebagai libel itu benar.
Kedudukan dan hubungan pihak-pihak itu pada masa libel itu disiarkan boleh menjadi fakta berkaitan sebagai permulaan kepada fakta persoalan. Butir-butir mengenai suatu pertikaian antara A dengan B mengenai suatu perkara yang tidak berkaitan dengan libel yang dikatakan itu tidaklah berkaitan, walaupun fakta bahawa terdapat suatu pertikaian boleh menjadi berkaitan jika ia menjejaskan hubungan antara A dengan B.
(c) A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu A telah melarikan diri dari rumahnya adalah berkaitan di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan tersentuh oleh fakta persoalan.
Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu adalah berkaitan sebagai cenderung menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Perincian urusan yang kerananya dia telah meninggalkan rumah tidaklah berkaitan, kecuali setakat yang perlu bagi menunjukkan bahawa urusan itu adalah tiba-tiba dan mendesak.
(d) A membawa guaman terhadap B kerana mendorong C memungkiri suatu kontrak perkhidmatan yang telah dibuat oleh C dengan A. Apabila berhenti berkhidmat dengan A, C berkata kepada A: “Saya meninggalkan tuan oleh sebab B telah membuat tawaran yang lebih baik kepada saya.” Pernyataan ini ialah fakta berkaitan sebagai menghuraikan kelakuan C, yang berkaitan sebagai suatu fakta persoalan.
(e) A yang dituduh mencuri telah dilihat memberikan harta curi itu kepada B, yang telah dilihat memberikannya kepada isteri A. Tatkala menyerahkannya B berkata: “A kata awak hendaklah menyembunyikan ini.” Pernyataan B adalah berkaitan sebagai menghuraikan suatu fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi itu.
(f) A dibicarakan kerana melakukan rusuhan dan dibuktikan telah mengepalai perarakan sekumpulan perusuh. Tempik sorak perusuh itu adalah berkaitan sebagai menghuraikan jenis transaksi itu.
Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).