Evidence Act 1950 s 90
s 90 Presumption as to documents twenty years old
Where any document purporting or proved to be twenty years old is produced from any custody which the court in the particular case considers proper, the court may presume that the signature and every
other part of that document which purports to be in the handwriting of any particular person is in that person’s handwriting, and in the case of a document executed or attested, that it was duly executed and attested by the persons by whom it purports to be executed and attested.
Explanation—Documents are said to be in proper custody if they are in the place in which and under the care of the person with whom they would naturally be; but no custody is improper if it is proved to have had a legitimate origin, or if the circumstances of the particular case are such as to render such an origin probable.
This explanation applies also to section 81.
ILLUSTRATIONS
(a) A has been in possession of landed property for a long time. He produces from his custody documents relating to the land, showing his titles to it. The custody is proper.
(b) A produces documents relating to landed property of which he is the chargee. The chargor is in possession. The custody is proper.
(c) A, a connection of B, produces documents relating to lands in B’s possession, which were deposited with him by B for safe custody. The custody is proper.
Documents Produced by a Computer
Malay text (authoritative)
Anggapan tentang dokumen yang berusia dua puluh tahun
Jika mana-mana dokumen yang berupa sebagai atau dibuktikan berusia dua puluh tahun dikemukakan daripada mana-mana jagaan yang difikirkan wajar oleh mahkamah dalam hal tertentu itu, mahkamah boleh menganggap bahawa tandatangan dan tiap-tiap bahagian lain dokumen itu yang berupa sebagai tulisan tangan mana-mana orang tertentu adalah dalam tulisan tangan orang itu, dan dalam hal sesuatu dokumen yang disempurnakan atau diaku saksi, mahkamah boleh menganggap bahawa dokumen itu telah disempurnakan dan diakusaksikan dengan sewajarnya oleh orang yang olehnya ia berupa sebagai telah disempurnakan dan diakusaksikan.
Huraian—Dokumen dikatakan berada dalam jagaan wajar jika dokumen itu berada di tempat yang dan di bawah jagaan orang yang dengannya ia sepatutnya berada; tetapi tiada jagaan boleh dikatakan sebagai tidak wajar jika jagaan itu dibuktikan sah pada asalnya, atau jika hal keadaan hal tertentu itu sebegitu sehingga menjadikan asalnya barang kali.
Huraian ini juga terpakai bagi seksyen 81.
(a) A telah lama memiliki harta tanah. Dia mengemukakan daripada jagaannya dokumen yang berhubungan dengan tanah itu yang menunjukkan hakmiliknya pada tanah itu. Jagaan itu adalah wajar.
(b) A mengemukakan dokumen yang berhubungan dengan harta tanah yang dia menjadi pemegang gadaiannya. Tanah itu ada dalam milikan penggadainya. Jagaan A adalah wajar.
(c) A, yang ada kaitan dengan B, mengemukakan dokumen yang berhubungan dengan tanah dalam milik B, yang telah didepositkan dengannya oleh B untuk jagaan selamat. Jagaan itu adalah wajar.
Dokumen yang Dikeluarkan oleh Komputer
Read this section in the full act → · Open Chapter V →
Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).