Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 11
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 11
s 11 Search of place entered by person sought to be arrested
(1) If any person acting under a warrant of arrest, or any Religious Enforcement Officer or police officer having authority to arrest, has reason to believe that any person to be arrested has entered into or is within any place, the person residing in or in charge of such place shall, on demand of the person acting under the warrant or such Religious Enforcement Officer or police officer, allow him free ingress thereto and afford all reasonable facilities for a search therein.
(2) If ingress to such place cannot be obtained under subsection (1), it shall be lawful, in any case for a person acting under a warrant and in any case in which a warrant may be issued but cannot be obtained without affording the person to be arrested an opportunity to escape, for such Religious Enforcement Officer or police officer to enter such place and search therein, and, in order to effect an entrance into such place, to break open any outer or inner door or window of any place whether that of the person
to be arrested or of any other person if, after notification of his authority and purpose and demand of admittance duly made, he cannot otherwise obtain admittance.
Malay text (authoritative)
Menggeledah tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap
(1) Jika mana-mana orang yang bertindak menurut waran tangkap, atau mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang ada kuasa untuk menangkap, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang yang hendak ditangkap itu telah masuk ke dalam atau berada di dalam mana-mana tempat, maka orang yang tinggal di tempat itu atau yang menjaga tempat itu hendaklah, apabila dikehendaki oleh orang yang bertindak menurut waran itu atau Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis itu, membenarkannya bebas masuk ke dalamnya dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk penggeledahan dijalankan di dalamnya.
(2) Jika kemasukan ke dalam tempat itu tidak dapat dibuat di bawah subseksyen (1), maka adalah sah, dalam apa-apa hal bagi seseorang yang bertindak menurut waran dan dalam apa-apa hal yang
waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boleh diperoleh tanpa memberi orang yang hendak ditangkap itu peluang untuk melarikan diri, bagi Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis itu untuk memasuki tempat itu dan menggeledah di dalamnya, dan, untuk mendapatkan jalan masuk ke tempat itu, memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana tempat sama ada tempat itu dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau oleh mana-mana orang lain jika, setelah memberitahu kuasa dan maksudnya dan setelah permintaan hendak masuk dibuat dengan sewajarnya, dia tiada jalan lain lagi untuk masuk.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).