Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 152
s 152 Jurisdiction of the Syariah Appeal Court
(1) The Syariah Appeal Court shall have jurisdiction to hear and determine any appeal by any person convicted or otherwise found guilty or by the Chief Syariah Prosecutor against any decision made by the Syariah High Court in the exercise of its original criminal jurisdiction subject to this Act or any other written law regulating the terms and conditions upon which criminal appeals may be brought.
(2) Where an accused person has pleaded guilty and been convicted on the plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence.
(3) Notice of any appeal by the Chief Syariah Prosecutor shall be given by, or with the consent in writing of, that officer only.
(4) An appeal may lie on a question of fact or a question of law or a question of mixed fact and law.
(5) The Syariah Appeal Court shall also have jurisdiction to hear and determine matters brought before it in accordance with section 166 or 167.
Malay text (authoritative)
Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan oleh mana-mana orang yang disabitkan atau selainnya didapati bersalah atau oleh Ketua Pendakwa Syarie terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan bidang kuasa asal jenayahnya, tertakluk kepada Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal selia terma-terma dan syarat-syarat yang berdasarkannya rayuan-rayuan jenayah boleh dibawa.
(2) Jika seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan atas akuan itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau kesahan hukuman.
(3) Notis mana-mana rayuan oleh Ketua Pendakwa Syarie hendaklah diberikan oleh, atau dengan persetujuan bertulis daripada, pegawai itu sahaja.
(4) Rayuan boleh dibuat tentang sesuatu persoalan fakta atau persoalan undang-undang atau campuran persoalan fakta dan undang-undang.
(5) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah juga mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan perkara-perkara yang dibawa ke hadapannya mengikut seksyen 166 atau 167.
Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →
Find Act 560 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).