Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 167
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 167
s 167 References to Syariah Appeal Court on appeal from a Syariah Subordinate Court
(1) When an appeal from a decision of a Syariah Subordinate Court in a criminal matter has been determined by the Syariah High Court, the Syariah Appeal Court may, on the application of any party, grant leave for the determination by itself of any question of law of public interest which has arisen in the course of the appeal and the determination of which by the Syariah High Court has affected the event of the appeal.
(2) An application for leave under this section shall be made within one month or such longer time as the Syariah Appeal Court may permit of the determination of the appeal to which it relates; and in the case of an application by the Chief Syariah Prosecutor, shall be made by or with the consent in writing of that officer only.
(3) When leave has been granted by the Syariah Appeal Court under this section, the Syariah High Court may make such orders as it may see fit for the arrest, custody or release on bail of any party to the appeal and the Registrar of the Syariah High Court shall forward the record of the proceedings in the Syariah High Court to the Chief Registrar of the Syariah Appeal Court who shall thereupon appoint and notify the parties to the appeal the time and place for the hearing of the matter.
(4) When leave has been granted by the Syariah Appeal Court, it shall hear and determine the question allowed to be referred for its determination and make such orders as the Syariah High Court might have made as it may consider just for the disposal of the appeal.
(5) For the purpose of this section but without prejudice to the generality of its provisions—
(a) any question of law in respect of which there is a conflict of judicial authority shall be deemed to be a question of public interest; and
(b) the exercise by the Syariah High Court of any power of revision under this Act shall be deemed to be an appeal from a decision of a Syariah Subordinate Court.
Malay text (authoritative)
Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah
(1) Apabila sesuatu rayuan daripada keputusan Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu perkara jenayah telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak, memberikan kebenaran bagi penentuan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam yang telah timbul semasa perjalanan rayuan itu dan yang penentuannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.
(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam masa satu bulan atau apa-apa
masa yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dari masa keputusan rayuan yang dimaksudkan itu; dan dalam hal suatu permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie, hendaklah dibuat oleh atau dengan kebenaran bertulis pegawai itu sahaja.
(3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah di bawah seksyen ini, Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi penangkapan, jagaan atau pelepasan atas jaminan mana-mana pihak dalam rayuan itu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menghantar rekod prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang hendaklah sesudah itu menetapkan dan memberitahu pihak-pihak dalam rayuan itu masa dan tempat bagi pendengaran perkara itu.
(4) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi penentuannya itu dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang pada pendapatnya adalah adil bagi pemberesan rayuan itu.
(5) Bagi maksud seksyen ini tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukannya—
(a) apa-apa persoalan undang-undang yang berkenaan dengannya terdapat percanggahan nas kehakiman hendaklah disifatkan sebagai suatu persoalan yang mempunyai kepentingan awam; dan
(b) penjalanan mana-mana kuasa penyemakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu rayuan daripada keputusan Mahkamah Rendah Syariah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).