LawPlayer
My bookmarks
← Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 2

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 2

Act no.
Act 560
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 [Act 560], s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “Administration Act” means the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505]; “Chairman” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “Chief Religious Enforcement Officer” and “Religious Enforcement Officer” have the respective meanings assigned thereto in the Administration Act; “Chief Syariah Judge” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “Chief Syariah Prosecutor” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “complaint” means the allegation made orally or in writing to a Judge with a view to his taking action under this Act that some person whether known or unknown has committed or is guilty of an offence; “Court” or “Syariah Court” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “Enactment” means the Administration of Muslim Law Enactment 1952 of the State of Selangor [Selangor En. 3 of 1952]— (a) in relation to the Federal Territory of Kuala Lumpur, as modified by the Federal Territory (Modification of Administration of Muslim Law Enactment) Orders 1974 [P.U. (A) 44 of 1974], 1981 [P.U. (A) 390 of 1981] and 1988 [P.U. (A) 263 of 1988] made pursuant to subsection 6(4) of the Constitution (Amendment) (No. 2) Act 1973 [Act A206] and in force in the Federal Territory of Kuala Lumpur by virtue of subsection 6(1) of the Act and Administration of Muslim Law (Amendment) Act 1984 [Act A576]; and (b) in relation to the Federal Territory of Putrajaya, as modified and extended by the Federal Territory of Putrajaya (Extension and Modification of Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997) Order 2002 [P.U. (A) 284/2002] made pursuant to section 7 of the Constitution (Amendment) Act 2001 [Act A1095]; “Federal Territories” means the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan; “Hukum Syarak” means Hukum Syarak according to the Mazhab Shafie, or according to one of the Mazhab Maliki, Hanafi or Hanbali; “Judge” means a Judge appointed under subsection 43(1) or 44(1) of the Administration Act; “Majlis” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “Mufti” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “non-seizable offence” means an offence punishable with imprisonment for less than one year or with fine only for which a Religious Enforcement Officer or police officer may not ordinarily arrest without warrant; “offence” means any act or omission made punishable by any written law prescribing offences against precepts of the religion of Islam and over which the Court has jurisdiction; “Pegawai Masjid” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “Peguam Syarie” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “Prosecutor” means the Chief Syariah Prosecutor or the Syariah Prosecutor; “Registrar” means the Chief Registrar of the Syariah Appeal Court, the Registrar of the Syariah High Court, or Assistant Registrars of the Syariah Subordinate Court, as the case may be, appointed under the Administration Act; “seizable offence” means an offence punishable with imprisonment for one year or more, for which a Religious Enforcement Officer or police officer may ordinarily arrest without warrant; “Syariah Prosecutor” has the meaning assigned thereto in the Administration Act; “witness” does not include an accused person; “youthful offender” means an offender above the age of ten and below the age of sixteen years. (2) All words and expressions used in this Act and not herein defined but defined in the Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388] shall have the meanings assigned thereto to the extent that such meanings do not conflict with Hukum Syarak. (3) For the avoidance of doubt as to the identity or interpretation of the words and expressions used in this Act that are listed in the First Schedule, reference may be made to the Arabic script for those words and expressions as shown against them in the Schedule. *NOTE—In its application to the Federal Territory of Putrajaya—see the Federal Territory of Putrajaya (Extension and Modification of Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997) Order 2002 [P.U. (A) 248/2002].

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aduan” ertinya pengataan yang dibuat secara lisan atau bertulis kepada Hakim bahawa seseorang sama ada diketahui atau tidak diketahui telah melakukan atau bersalah atas suatu kesalahan, dengan tujuan supaya tindakan diambil oleh Hakim itu di bawah Akta ini; “Akta Pentadbiran” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]; “Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ 1952 [En. Sel. 3/52] bagi Negeri Selangor— (a) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974 [P.U. (A) 44/74], 1981 [P.U. (A) 390/81] dan 1988 [P.U. (A) 263/88] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206] dan berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984 [Akta A576]; dan (b) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluas oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U. (A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585]; “Hakim” ertinya seseorang Hakim yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) atau 44(1) Akta Pentadbiran; “Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali; “kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dijadikan boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam dan yang atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa; “kesalahan boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran; “kesalahan tak boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran; “Ketua Hakim Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama” dan “Pegawai Penguat Kuasa Agama” mempunyai erti masing-masing yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Ketua Pendakwa Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Majlis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Mufti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Pegawai Masjid” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Peguam Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Akta Pentadbiran; “Pendakwa” ertinya Ketua Pendakwa Syarie atau Pendakwa Syarie; “Pendakwa Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “Pengerusi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran; “pesalah muda” ertinya seseorang pesalah yang berumur lebih daripada sepuluh tahun dan kurang daripada enam belas tahun; “saksi” tidaklah termasuk seseorang tertuduh; “Wilayah-Wilayah Persekutuan” ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. (2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan tidak ditakrifkan dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak. (3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s 2 is headed “Interpretation” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s 2 begins “(1) In this Act, unless the context otherwise requires…”.
Location
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s 2 is placed under “Part I: Preliminary”.
Version
The text of Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s 2 is s 1.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s 2 is s 3.
Synced
LawPlayer last synced the text of Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s 2 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next