My bookmarksSign up free
← Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 202

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 202

s 202 Order for disposal of property regarding which offence committed

(1) Any Court may, if it thinks fit, impound any property or document produced before it under this Act. (2) During or at the conclusion of any trial in any Court, the Court may make such order as it thinks fit for the custody or disposal of any property or document produced before it or in its custody, or the custody of any Religious Enforcement Officer or police officer or any public servant, regarding which any offence appears to have been committed or which has been used for the commission of any offence. (3) The power conferred upon the Court under subsection (2) shall include the power to make an order for the forfeiture or confiscation or destruction of such property or for the delivery to any person of such property, but shall be exercised subject to any special provisions relating to forfeiture, confiscation, destruction or delivery contained in the written law under which the conviction was had. (4) A Court making an order under this section in respect of any property or document shall direct whether such order is to take effect immediately or at any future date or on the happening of any future contingency and shall, except when the property is livestock or property subject to speedy and natural decay, include in such order all necessary directions and conditions to ensure that such property or document will be produced as and when required for the purposes of the trial during or at the conclusion of which such order is made or for the purposes of any appeal or further criminal proceedings resulting from such trial. (5) In this section, the term “property” includes, in the case of property regarding which an offence appears to have been committed, not only such property as has been originally in the possession or under the control of any party but also any property into or for which the property may have been converted or exchanged, and any thing acquired by such conversion or exchange, whether immediately or otherwise.

Malay text (authoritative)

Perintah bagi pelupusan harta yang mengenainya kesalahan telah dilakukan

(1) Mana-mana Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengimpaun mana-mana harta atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya di bawah Akta ini. (2) Semasa atau apabila berakhir apa-apa perbicaraan di mana-mana Mahkamah, Mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut bagi penjagaan atau pelupusan mana-mana harta atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya atau yang dalam jagaannya, atau jagaan mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau mana-mana pekhidmat awam, yang mengenainya mana-mana kesalahan ternyata telah dilakukan atau telah digunakan bagi pelakuan mana-mana kesalahan. (3) Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah di bawah subseksyen (2) hendaklah termasuk kuasa untuk membuat suatu perintah bagi pelucuthakan atau perampasan atau pemusnahan harta itu atau bagi penyerahan harta itu kepada mana-mana orang, tetapi hendaklah dijalankan tertakluk kepada mana-mana peruntukan khas berhubungan dengan pelucuthakan, perampasan, pemusnahan atau penyerahan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang di bawahnya sabitan itu telah dibuat. (4) Mahkamah yang membuat suatu perintah di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana harta atau dokumen hendaklah mengarahkan sama ada perintah itu hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta atau pada mana-mana tarikh masa hadapan atau apabila berlaku apa-apa peristiwa masa hadapan dan hendaklah, kecuali apabila harta itu ialah binatang ternakan atau harta yang cepat rosak secara semula jadi, memasukkan dalam perintah itu segala arahan dan syarat yang perlu bagi memastikan bahawa harta atau dokumen itu akan dikemukakan sebagaimana dan apabila dikehendaki bagi maksud perbicaraan yang semasa ia berlangsung atau apabila ia berakhir perintah itu dibuat atau bagi maksud apa-apa rayuan atau prosiding jenayah selanjutnya yang berbangkit daripada perbicaraan itu. (5) Dalam seksyen ini, istilah “harta” termasuklah, dalam hal harta yang berkenaan dengannya suatu kesalahan ternyata telah dilakukan, bukan sahaja apa-apa harta yang pada mulanya berada dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana pihak tetapi juga apa-apa harta yang ke dalam bentuknya harta itu mungkin telah diubah atau yang telah ditukarkan dengannya, dan apa-apa benda yang diperoleh daripada pengubahan atau pertukaran itu, sama ada dengan serta-merta atau selainnya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 6 →

Find Act 560 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next