My bookmarksSign up free
← Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997

Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997 s 18

Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997 s 18

s 18 Admissibility of iqrar

(1) The following iqrar is inadmissible: (a) iqrar of a person who is not ‘aqil baligh; (b) subject to subsection (2), iqrar of a minor; (c) iqrar of a lunatic or a mentally retarded person (ma‘tuh); (d) iqrar of wali or guardian made on behalf of a person under his custody and responsibility; (e) iqrar which is not made voluntarily; or (f) iqrar of a person who is restrained under any written law to administer his property (Mahjur ‘alaih). (2) An iqrar made by a mumayyiz minor who has been authorized by his wali or guardian to carry on any business or dealing shall be admissible in so far as it relates to such business or dealing. (3) The party who benefits from an iqrar need not necessarily be a person who is ‘aqil baligh. Explanation—If a person making an iqrar states that the goods or property is for the benefit of a minor who is not mumayyiz, his iqrar is admissible and the person making the iqrar shall be bound by his statement.

Malay text (authoritative)

Kebolehterimaan iqrar

(1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima: (a) iqrar seseorang yang tidak ‘aqil baligh; (b) tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa; (c) iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma’tuh); (d) iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya; (e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau (f) iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya (Mahjur ‘alaih). (2) Iqrar yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang mumayyiz yang telah dibenarkan oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu adalah berhubungan dengan perniagaan atau urusan itu. (3) Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang ‘aqil baligh. Huraian—Jika orang yang membuat iqrar menyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum mumayyiz, iqrarnya boleh diterima dan orang yang membuat iqrar itu adalah terikat dengan pernyataannya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 561 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next