My bookmarksSign up free
← Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997

Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997 s 50

Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997 s 50

s 50 Secondary evidence

Secondary evidence includes— (a) certified copies given under the provisions hereinafter contained; (b) copies made from the original by mechanical processes, which in themselves ensure the accuracy of the copy, and copies compared with such copies; (c) copies made from or compared with the original; (d) counterparts of documents as against the parties who did not execute them; (e) oral accounts of the contents of a document given by some person who has himself seen or heard it or perceived it by whatever means. ILLUSTRATIONS (a) A photograph of an original is secondary evidence of its contents, though the two have not been compared, if it is proved that the thing photographed was the original. (b) A copy compared with a copy of a letter made by a copying machine is secondary evidence of the contents of the letter if it is shown that the copy made by the copying machine was made from the original. (c) A copy transcribed from a copy but afterwards compared with the original is secondary evidence, but the copy not so compared is not secondary evidence of the original, although the copy from which it was transcribed was compared with the original.

Malay text (authoritative)

Keterangan sekunder

Keterangan sekunder termasuklah— (a) salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini; (b) salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan salinan yang dibandingkan dengan salinan itu; (c) salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskhah asal; (d) kaunterpart dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya; (e) keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menanggapinya sendiri dengan apa jua cara. (a) Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen asal. (b) Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika dibuktikan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen asal. (c) Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 561 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next