Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 s 3
s 3 Establishment of the Fund
(1) For the purposes of this Act there is established a fund called the “Tabung Pendidikan Tinggi Nasional” which shall be administered and controlled by the Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such moneys as may be allocated by the Government from time to time for the purposes of this Act;
(b) all grants, donations, gifts, contributions and bequests made to or in favour of the Perbadanan;
(c) deposits received by the Perbadanan under section 11;
(d) moneys earned by the operation of any project, agency, scheme or enterprise financed from the Fund;
(e) fees or other charges imposed by the Perbadanan under this Act;
(f) such moneys as may be paid from time to time to the Perbadanan from any financing or financial assistance given by the Perbadanan, and all moneys from time to time falling due to the Perbadanan in respect of the repayment of any financing or financial assistance, including educational loans, given out of the Fund;
(g) moneys borrowed by the Perbadanan under section 14;
(h) any property, investment, mortgage, lease, tenancy, charge or debenture acquired by or vested in the Perbadanan;
(i) moneys earned or arising from any property, investment, mortgage, lease, tenancy, charge or debenture acquired by or vested in the Perbadanan;
(j) all other moneys or property which may in any manner become payable to or vested in the Perbadanan in respect of any matter incidental to its functions, powers or duties; and
(k) all other moneys lawfully received by the Perbadanan.
Malay text (authoritative)
Penubuhan Kumpulan Wang
(1) Maka adalah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Tabung Pendidikan Tinggi Nasional” yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada―
(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan bagi maksud Akta ini;
(b) segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Perbadanan;
(c) deposit yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen 11;
(d) wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(e) fi atau caj lain yang dikenakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini;
(f) apa-apa wang sebagaimana yang boleh dibayar dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Perbadanan, dan segala wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan, termasuk pinjaman pendidikan, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
(g) wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;
(h) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak oleh Perbadanan;
(i) wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
(j) semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipannya; dan
(k) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Perbadanan.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 566 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).