My bookmarksSign up free
← Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 s 33

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 s 33

s 33 Chief Executive

(1) The Board, with the approval of the Minister may appoint a person, designated as the “Chief Executive”, to be the principal executive officer of the Perbadanan, and shall vest in him such powers and impose upon him such duties as may be determined by the Board. (2) The Chief Executive shall be responsible for the overall administration and management of the functions and the day to day affairs of the Perbadanan. (3) The Chief Executive shall have general control of the officers and servants of the Perbadanan. (4) The Chief Executive shall perform such further duties as the Perbadanan or the Minister may direct from time to time. (5) In discharging his duties, the Chief Executive shall act under the general authority and directions of the Board. (6) If the Chief Executive is temporarily absent from Malaysia or is incapacitated through illness or for any other reason is unable to perform his duties, the Board may direct any other officer to carry out the duties of the Chief Executive during such temporary absence or incapacity.

Malay text (authoritative)

Ketua Eksekutif

(1) Lembaga, dengan kelulusan Menteri, boleh melantik seseorang, bergelar “Ketua Eksekutif”, menjadi pegawai eksekutif utama Perbadanan dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Ketua Eksekutif adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Perbadanan pada keseluruhannya. (3) Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Perbadanan. (4) Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan atau Menteri dari semasa ke semasa. (5) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am Lembaga. (6) Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk menjalankan kewajipan Ketua Eksekutif semasa Ketua Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 566 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next