My bookmarksSign up free
← Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 Schedule

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 Schedule

Schedule SCHEDULESupplementary

[Subsection 8(4)] Appointment, revocation and resignation 1. (1) Subject to such conditions as may be specified in his instrument of appointment, the Chairman and a member of the Board appointed by the Minister shall hold office for a term not exceeding three years and shall, on ceasing to be a member, be eligible for reappointment. (2) The Minister may revoke the appointment of the Chairman and that of any member of the Board appointed by him at any time without assigning any reason therefor. (3) The Chairman may resign his office at any time by letter addressed to the Minister. (4) A member appointed by the Minister may resign his office at any time by letter addressed to the Minister. Vacation of office 2. (1) The office of the Chairman or a member of the Board appointed by the Minister shall be vacated— (a) if he dies; (b) if there has been proved against him, or he has been convicted on, a charge in respect of— (i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude; (ii) an offence under any law relating to corruption; or (iii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years; (c) if his conduct, whether in connection with his duties as the Chairman or a member of the Board or otherwise, has been such as to bring discredit on the Board; (d) if he becomes a bankrupt; (e) if he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties; (f) in the case of the Chairman, if he absents himself from a meeting of the Board without leave of the Minister; (g) in the case of a member, if he absents himself from three consecutive meetings of the Board without leave of the Chairman; and (h) in the case of the Chairman or a member of the Board— (i) if his resignation is accepted by the Minister; or (ii) if his appointment is revoked by the Minister. Remuneration or allowance 3. There may be paid to the members of the Board such remuneration or allowances out of the Fund as the Minister may determine. Meetings 4. (1) The Board shall meet for the despatch of its business at least once in every two months at such time and place as the Chairman may determine from time to time. (2) At any meeting of the Board, five members shall form a quorum. (3) If on any question to be determined by the Board there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Board may invite others to meetings 5. (1) The Board may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Board for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) shall be paid such allowances as may be determined by the Board. Minutes 6. (1) The Board shall cause minutes of all the meetings of the Board to be maintained and kept in a proper form. (2) Any minutes made of a meeting of the Board shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof. (3) Every meeting of the Board in respect of the proceedings of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act. Disclosure of interest 7. (1) A member of the Board having, directly or indirectly, by himself or his partner— (a) an interest in a company or undertaking with which the Perbadanan proposes to make a contract; or (b) an interest in a contract or matter under discussion by the Board, shall disclose to the Board the fact of his interest and its nature. (2) A disclosure under subparagraph (1) shall be recorded in the minutes of the Board and such member shall take no part in the deliberation or decision of the Board relating to the contract or matter. Validity of acts and proceedings 8. No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Board; (b) a contravention by any member of the Board of the provisions of paragraph 7; or c) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Procedure 9. Subject to this Act, the Board shall determine its own procedure at its discretion. LAWS OF MALAYSIA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL ACT 1997

Malay text (authoritative)

JADUAL

[Subseksyen 8(4)] Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan 1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, Pengerusi dan anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah, apabila terhenti daripada menjadi anggota, layak untuk dilantik semula. (2) Menteri boleh membatalkan pelantikan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dilantik olehnya pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya. (3) Pengerusi boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa melalui surat yang ditujukan kepada Menteri. (4) Seseorang anggota yang dilantik oleh Menteri boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa melalui surat yang ditujukan kepada Menteri. Pengosongan jawatan 2. (1) Jawatan Pengerusi atau seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri hendaklah menjadi kosong― (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan― (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasannya sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga; (d) jika dia menjadi bankrap; (e) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (f) dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tanpa kebenaran Menteri; (g) dalam hal seseorang anggota, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; dan (h) dalam hal Pengerusi atau anggota Lembaga― (i) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (ii) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. Saraan atau elaun 3. Anggota Lembaga boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun daripada Kumpulan Wang sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Mesyuarat 4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat bagi penyegeraan urusannya sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua bulan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. (2) Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, lima anggota hendaklah membentuk kuorum. (3) Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 5. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkannya, tetapi orang yang diundang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 6. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuarat Lembaga disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Pendedahan kepentingan 7. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya― (a) suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau (b) suatu kepentingan dalam suatu kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah mendedahkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya itu. (2) Pendedahan di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan Lembaga berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Kesahan tindakan dan prosiding 8. Tiada apa-apa tindakan yang dilakukan atau prosiding yang dibuat di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa― (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Tatacara 9. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah, mengikut budi bicaranya, menentukan prosidingnya sendiri. UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

Read this section in the full act →

Find Act 566 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next