Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Dissolution) Act 1997 s 8
s 8 Continuance of criminal and civil proceedings
(1) The repeal of the Lembaga Kemajuan Johor Tenggara Act 1972 shall not affect any person’s liability to be prosecuted or
punished for offences committed under the repealed Act before the appointed date, or any proceedings brought or sentence imposed before that date in respect of such offence.
(2) Any proceedings (whether civil or criminal) or cause of action pending or existing immediately before the appointed date by or against the Lembaga or any person acting on its behalf may be continued or instituted by or against the Government as it might have been continued or instituted by or against the Lembaga or such person as if this Act had not been passed.
(3) Any appeal brought, or any leave to appeal applied for, on or after the appointed date, against a decision given before the appointed date in any legal proceedings to which the Lembaga was a party may be brought by or against the Government as it might have been brought by or against the Lembaga as if this Act had not been passed.
Malay text (authoritative)
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
(1) Pemansuhan Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2) Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana
Undang-undang Malaysia AKTA 568
orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
(3) Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undangundang yang Lembaga menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
Read this section in the full act →
Find Act 568 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).