My bookmarksSign up free
← Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 151

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 151

s 151 Enforcement of judgment to do or abstain from doing an act

(1) Where— (a) a person required by a judgment or order to do an act within a time specified in the judgment or order refuses or neglects to do it within that time or within that time as extended or abridged under section 238, as the case may be; or (b) a person disobeys a judgment or order requiring him to abstain from doing an act, then, subject to this Act, the judgment or order may be enforced by one or more of the following means, that is to say: (aa) with the leave of the Court, an order of committal; or (bb) where that person is a body corporate, with the leave of the Court, an order of committal against any director or other officer of the body. (2) Where a judgment or an order requires a person to do an act within a time specified in the judgment or order and an order is subsequently made under section 152 requiring the act to be done within some other time, references in subsection (1) to a judgment or an order shall be construed as references to the order made under section 152. (3) Where under any judgment or order requiring the delivery of any movable property, the person liable to execution has the alternative of paying the assessed value of the property, and the judgment or order shall not be enforceable by order of committal under subsection (1), the Court may, on the application of the person entitled to enforce the judgment or order, make an order requiring the first mentioned person to deliver the property to the applicant within a time specified in the order and that order may be so enforced. (4) An application under subsection (3) shall be made in Form MS 33 and supported by an affidavit and a copy of the application and the affidavit shall be served on the person against whom the order is to be enforced.

Malay text (authoritative)

Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan

(1) Jika— (a) seseorang yang dikehendaki oleh suatu penghakiman atau perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau dalam masa yang dilanjutkan atau dipendekkan di bawah seksyen 238, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) seseorang mengingkari suatu penghakiman atau perintah yang menghendakinya supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan, maka, tertakluk pada Akta ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu— (aa) dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan; atau (bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan terhadap mana-mana pengarah atau pegawai lain pertubuhan itu. (2) Jika suatu penghakiman atau perintah menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu dan suatu perintah dibuat kemudiannya di bawah seksyen 152 menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa yang lain, maka sebutan dalam subseksyen (1) mengenai penghakiman atau perintah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perintah yang dibuat di bawah seksyen 152. (3) Jika di bawah mana-mana penghakiman atau perintah yang menghendaki penghantarserahan apa-apa harta alih, orang yang boleh dikenakan pelaksanaan mempunyai pilihan untuk membayar nilai tertaksir harta itu, dan penghakiman atau perintah itu tidak boleh dikuatkuasakan melalui perintah pengkomitan di bawah subseksyen (1), maka Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu, membuat suatu perintah yang menghendaki orang yang mula-mula disebut itu menghantarserahkan harta itu kepada pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu dan perintah itu bolehlah dilaksanakan sedemikian. (4) Permohonan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam Borang MS 33 dan disokong dengan afidavit dan suatu salinan permohonan dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu hendak dikuatkuasakan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 585 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next