My bookmarksSign up free
← Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 18

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 18

s 18 Joinder of parties

(1) Two or more persons may be joined together in one action as plaintiffs or as defendants with the leave of the Court or where— (a) separate actions were brought by or against each of them, as the case may be, and some common question of law or fact would arise in all the actions; and (b) all rights to relief claimed in the action, whether they are joint, several or in the alternative, are in respect of or arise out of the same transaction or series of transactions. (2) Notwithstanding subsection (1), if it appears to the Court that any joinder may embarrass any defendant or delay the trial or be otherwise inconvenient, the Court may, on its own motion or on the application of the defendant, order separate trials or make such other orders as it thinks fit. (3) Judgment may be given without any amendment to any plaintiff for the relief to which he is entitled, or against such one or more of the defendants as may be found liable according to their respective liabilities.

Malay text (authoritative)

Percantuman pihak

(1) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika— (a) tindakan-tindakan yang berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada mereka, mengikut manamana yang berkenaan, dan soalan undang-undang atau fakta yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu; dan (b) segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan itu, sama ada hak-hak itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan atau timbul daripada transaksi atau siri transaksi yang sama. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan yang berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut. (3) Penghakiman boleh diberikan tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-masing.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 585 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next