Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 202
Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 202
s 202 Interim order as to maintenance
(1) Subject to the Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 [Act 303], if the Court is satisfied, on the application of any party entitled to maintenance in any cause or matter, that the circumstances require an interim order for maintenance to be made against the person liable under Hukum Syarak to pay maintenance, the Court may make such an order which shall have immediate effect and shall continue in force until the Court has made a decision on the cause or matter.
(2) Where the application referred to in subsection (1) is in respect of an interim order for the maintenance of a child, the Court shall not make such an order unless it is satisfied that the father or the person liable under Hukum Syarak for the maintenance of the child has the capability to pay for the maintenance applied for.
Malay text (authoritative)
Perintah interim tentang nafkah
(1) Tertakluk pada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak yang berhak mendapat nafkah dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang nafkah terhadap orang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.
(2) Jika permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) berkenaan dengan suatu perintah interim untuk mendapatkan nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah tidak boleh membuat perintah sedemikian melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa bapa kanak-kanak itu atau seseorang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah kanak-kanak itu berkeupayaan untuk membayar nafkah yang dipohon itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).