Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 3
Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 3
s 3 Interpretation
(1) In this Act, unless the context otherwise requires—
“Administration Act” means the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505];
“bailiff” includes the Registrar or any clerk or officer of the Court charged with performing the duties of a bailiff;
“certified translation” means a translation of any document certified as correct by an officer of the Court or by any other person accepted by the Court;
“Court” or “Syariah Court” has the meaning assigned thereto in the Administration Act;
“day of appearance” means the day appointed in any summons or other proceedings for the appearance of the defendant or any other day for hearing of the proceedings;
“form” means a form set out in the Third Schedule, and a form referred to by a number means the form so numbered in that Schedule;
“Judge” or “Syariah Judge” means the Chief Syariah Judge, a Judge of the Syariah High Court or a Judge of the Syariah Subordinate Court, as the case may be, appointed under the Administration Act;
“judgment” includes grounds of judgment;
“judgment creditor” means person having the right to enforce judgment for payment of money either by instalment or otherwise;
“judgment debtor” means a person liable under any judgment for payment of money;
“lien” means a right on the property of a judgment debtor to the extent of the indebtedness;
“Majlis” has the meaning assigned thereto in the Administration Act;
“minor” means a person who has not attained the age of eighteen years;
“notice” means written notice unless the Court in any case shall order otherwise;
“Peguam Syarie” has the meaning assigned thereto in the Administration Act;
“person under disability” includes an infant, a person of unsound mind and a person prohibited from administering his property;
“prescribed” means prescribed by rules made under this Act;
“Registrar” means the Chief Registrar of the Syariah Appeal Court, the Registrar of the Syariah High Court, or an Assistant Registrar of the Syariah Subordinate Court, as the case may be, appointed under the Administration Act.
(2) All words and expressions used in this Act and not herein defined but defined in Part I of the Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388] shall have the meanings assigned thereto in that Part to the extent that such meanings do not conflict with Hukum Syarak.
(3) For the avoidance of doubt as to the identity or interpretation of words and expressions used in this Act that are listed in the First Schedule, reference may be made to the Arabic script for those words and expressions as shown against them therein.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta Pentadbiran” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505];
“bailif” termasuklah Pendaftar atau mana-mana kerani atau pegawai Mahkamah yang dipertanggungkan bagi melaksanakan kewajipan seorang bailif;
“borang” ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Akta Pentadbiran;
“hari kehadiran” ertinya hari yang ditetapkan dalam mana-mana saman atau prosiding lain bagi kehadiran defendan atau mana-mana hari lain yang ditetapkan bagi pendengaran prosiding itu;
“lien” ertinya suatu hak atas harta seseorang penghutang penghakiman setakat keterhutangan itu;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Majlis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“notis” ertinya notis bertulis melainkan jika dalam apa-apa hal diperintahkan selainnya oleh Mahkamah;
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun;
“orang tak berkeupayaan” termasuklah seseorang budak, seseorang orang yang tak sempurna akal dan seseorang yang ditegah menguruskan hartanya;
“Peguam Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“pemiutang penghakiman” ertinya orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman bagi pembayaran wang sama ada secara ansuran atau selainnya;
“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Akta Pentadbiran;
“penghakiman” termasuklah alasan penghakiman;
“penghutang penghakiman” ertinya orang yang bertanggungan di bawah mana-mana penghakiman bagi pembayaran wang;
“terjemahan diperakui” ertinya terjemahan apa-apa dokumen yang diperakui betul oleh pegawai Mahkamah atau oleh mana-mana orang lain yang diterima oleh Mahkamah.
(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan tidak ditakrifkan dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).