My bookmarksSign up free
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 21

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 21

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 21 Interpretation in relation to Part VI

In this Part, unless the context otherwise requires— “affected person” means— (a) any company owing a duty or liability under a credit facility to the Corporation or any subsidiary of the Corporation, whether present, future, vested or contingent; (b) any subsidiary of the company referred to in paragraph (a); (c) any company which has provided security for the performance of or discharge of a duty or liability owed by any person to the Corporation or any subsidiary of the Corporation, whether present, future, vested or contingent; or (d) any company where at least two per cent of its share capital has been charged, pledged or mortgaged by any person to secure the performance of or discharge of a duty or liability owed by any person to the Corporation or any subsidiary of the Corporation, whether present, future, vested or contingent; “primary affected person” means any company referred to in paragraph (a) of the definition of “affected person”; “secured creditor” means a person who holds as security for a liability of an affected person— (a) a charge duly registered under the National Land Code, the Land Ordinance of Sabah or the Land Code of Sarawak over land belonging to the affected person; (b) a fixed or floating charge on the undertaking or property of the affected person and which, if required by subsection 108(3) of the Companies Act 1965, is duly registered in accordance with subsection 108(1) of the Companies Act 1965; (c) an assignment by an affected person of its rights under an agreement to purchase land or a parcel of a building where the issue document of title to the land or the strata title to the parcel of a building has not been issued at the time of the assignment; (d) the issue document of title to any land or any duplicate lease belonging to the affected person and in respect of which a lienholder’s caveat has been duly entered in accordance with the provisions of the National Land Code; (e) a charge, mortgage, pledge or lien over marketable securities (as defined in the Companies Act 1965) belonging to the affected person and which, if duly required by subsection 108(3) of the Companies Act 1965, is duly registered in accordance with subsection 108(1) of the Companies Act 1965; or (f) a charge, mortgage, pledge or lien over moneys placed on fixed deposit by the affected person duly registered under subsection 108(1) of the Companies Act 1965. (2) The Minister may, on the recommendation of the Corporation, amend the definition of “secured creditor” in subsection (1) by notification in the Gazette.

Malay text (authoritative)

Tafsiran berhubung dengan Bahagian VI

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya mengehendaki makna yang lain — “orang terjejas” ertinya — (a) mana-mana syarikat yang mempunyai tanggungjawab atau tanggungan di bawah suatu kemudahan kredit kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen; (b) mana-mana subsidiari syarikat yang disebut dalam perenggan (a); (c) mana-mana syarikat yang telah menyediakan cagaran bagi pelaksanaan atau penunaian sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen; atau (d) mana-mana syarikat yang sekurang-kurangnya dua peratus daripada modal syernya telah digadaikan, disandarkan atau digadaijanjikan oleh mana-mana orang untuk menjamin pelaksanaan atau penunaian sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen; “orang terjejas utama” ertinya mana-mana syarikat yang disebut dalam perenggan (a) takrif “orang terjejas”; “pemiutang bercagar” ertinya seseorang yang memegang sebagai cagaran bagi tanggungan orang terjejas — (a) suatu gadaian yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak ke atas tanah yang dipunyai oleh orang terjejas; (b) suatu gadaian tetap atau terapung ke atas perusahaan atau harta orang terjejas dan yang, jika dikehendaki oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965, didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965; (c) suatu penyerahhakan oleh orang terjejas akan haknya di bawah perjanjian untuk membeli tanah atau suatu petak dalam sesuatu bangunan yang dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu atau hakmilik strata bagi petak sesuatu bangunan itu belum dikeluarkan pada masa penyerahhakan itu; (d) dokumen hakmilik keluaran bagi mana-mana tanah atau mana-mana pajakan pendua yang dipunyai oleh orang terjejas dan yang berkenaan dengannya suatu kaveat pemegang lien telah dimasukkan dengan sewajarnya mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara; (e) suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas sekuriti boleh pasar (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965) yang dipunyai oleh orang terjejas dan yang, jika dikehendaki dengan sewajamya oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965, didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965; atau (f) suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas wang yang disimpan dalam deposit tetap oleh orang terjejas yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965. (2) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, meminda takrif “pemiutang bercagar” dalam subseksyen (1) mela1ui pemberitahuan dalam Warta.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 587 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next