LawPlayer
My bookmarks
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 48

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 48

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

Act no.
Act 587
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 [Act 587], s 48

s 48 Ubahsuaian kepada cadangan

(1) Pentadbir Khas boleh pada bila-bila masa selepas— (a) cadangan itu diluluskan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 46; atau (b) jika tidak terdapat pemiutang bercagar yang diketahui oleh Pentadbir Khas, cadangan itu diluluskan oleh Perbadanan di bawah subseksyen 45(2), mencadangkan ubahsuaian kepada cadangan itu. (2) Penasihat Bebas yang dilantik berhubungan dengan orang terjejas hendaklah mengkaji semula kemunasabahan ubahsuaian yang dicadangkan dan hendaklah memutuskan keperluan untuk mengadakan mesyuarat pemiutang bercagar untuk meluluskan ubahsuaian yang dicadangkan itu. (3) Keputusan Penasihat Bebas di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat Pentadbir Khas, orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang cadangan yang diubahsuai itu. (4) Jika Penasihat Bebas berpendapat bahawa suatu mesyuarat pemiutang bercagar perlu diadakan untuk menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan itu, Pentadbir Khas hendaklah dalam masa enam puluh hari dari penerimaan laporan Penasihat Bebas mengenai ubahsuaian yang dicadangkan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Perbadanan, mengadakan mesyuarat itu. (5) Pentadbir Khas hendaklah, sebelum mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (4), menghantar melalui pos berdaftar berbayar dahulu atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir yang diketahui orang terjejas dan setiap pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh Pentadbir Khas— (a) suatu salinan ubahsuaian yang dicadangkan; (b) suatu salinan laporan Penasihat Bebas mengenai ubahsuaian yang dicadangkan; (c) jika difikirkan sesuai oleh Perbadanan, suatu memorandum daripada Perbadanan yang menyatakan apa-apa perkara pada pandangan Perbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar dalam menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan; dan (d) suatu notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar bagi ubahsuaian yang dicadangkan yang dinyatakan dalam seksyen ini. (6) Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas untuk menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 46. (7) Jika Penasihat Bebas berpendapat bahawa suatu mesyuarat pemiutang bercagar tidak perlu diadakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4), Pentadbir Khas bolehlah melaksanakan ubahsuaian yang dicadangkan itu yang hendaklah mengikat orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang ubahsuaian itu. (8) Tanpa menjejaskan seksyen 49, pematuhan mana-mana syarat kelulusan yang dikenakan oleh suatu badan kawal selia tidak boleh ditafsirkan sebagai ubahsuaian kepada cadangan itu bagi maksud seksyen ini.

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 48 is headed “Ubahsuaian kepada cadangan” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Version
The text of Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 48 is s 47.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 48 is s 49.
Synced
LawPlayer last synced the text of Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 48 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next