s 51 Kelayakan Pentadbir Khas
(1) Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Pentadbir Khas melainkan jika — (a) orang itu ialah orang sebenar; dan (b) dia telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikannya dan tidak menarik balik persetujuannya pada tarikh pelantikannya. (2) Orang yang berikut layak untuk dilantik sebagai Pentadbir Khas: (a) juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta Syarikat 1965 ; (b) seorang yang, pada pendapat Perbadanan, mempunyai pengalaman yang dikehendaki; atau (c) seorang yang, pada pendapat Perbadanan, berupaya melaksanakan tugas Pentadbir Khas. (3) Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai Pentadbir Khas: (a) suatu perbadanan; (b) seorang bankrap belum lepas; (c) seorang pemegang gadai janji mana-mana harta orang terjejas; (d) seorang juruaudit orang terjejas; atau (e) seorang pegawai orang terjejas.