My bookmarksSign up free
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 60

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 60

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 60 Pemakaian Akta kepada subsidiari Perbadanan

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Bahagian IV, V, VII, VIII dan X Akta ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap subsidiari Perbadanan yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) seolah-olah subsidiari itu ialah Perbadanan sendiri. (2) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana subsidiari Perbadanan bagi maksud subseksyen (1). (3) Subseksyen (1) hendaklah terhenti terpakai dengan serta-merta apabila sesuatu subsidiari yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) tidak lagi menjadi suatu subsidiari Perbadanan. (4) Jika suatu subsidiari tidak menjalankan aktiviti menurut objektif Perbadanan, Perbadanan hendaklah memaklumkannya kepada Menteri. (5) Menteri boleh, apabila dimaklumkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (4) atau apabila selainnya berpuas hati bahawa suatu subsidiari tidak menjalankan aktiviti menurut objektif Perbadanan, membatalkan penetapan subsidiari itu melalui notis dalam Warta, dan subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta terhenti terpakai bagi subsidiari itu. (6) Notis pembatalan di bawah subseksyen (5) boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan yang difikirkan patut oleh Menteri.

Read this section in the full act →

Find Act 587 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next