My bookmarksSign up free
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 72

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 72

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 72 Had ke atas pemberian perintah mahkamah

Walau apa pun mana-mana undang-undang, suatu perintah mahkamah tidak boleh diberikan— (a) bagi menggantung, menyekat atau menyentuh kuasa Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas di bawah Akta ini; (b) bagi menggantung, menyekat atau menyentuh apa-apa tindakan yang diambil, atau dicadangkan untuk diambil, oleh Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas di bawah Akta ini; (c) bagi memaksa Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas untuk melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan, dan apa-apa perintah sedemikian, jika diberikan, adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak boleh menjadi hal perkara apa-apa proses pelaksanaan sama ada bagi maksud memaksa pematuhan kepada perintah itu atau selainnya. J ADUAL PERTAMA [Subseksyen 5(4)] Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan 1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula . (2) Pelantikan mana-mana anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Menteri jika Menteri mendapati bahawa orang itu bukan lagi seorang yang layak dan sesuai dengan mengambil kira — (a) kejujurannya, kecekapannya dan kebolehannya untuk mempertimbangkan sesuatu dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anggota Lembaga; dan (b) kerajinan dalam dia menunaikan atau mungkin menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anggota Lembaga . (3) Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Perbadanan sebanyak yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 2. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidaklah berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian tersebut. Minit 3. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya . (2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian henda klah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Pengosongan jawatan 4. (1) Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan 1(2), jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 7; (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau (iv) apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertujuan untuk melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakcekapan atau amalan salah oleh orang yang berkenaan dalam perkhidmatan bank, insurans, pelaburan atau perkhidmatan kewangan lain atau pengurusan syarikat atau terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh perbuatan bankrap dilepaskan atau bankrap tidak dilepaskan; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut -turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau, jika dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri; (f) sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai. Kesahan perbuatan dan prosiding 5. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa — (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa -apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran seksyen 7 atau seksyen 65 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan dalam prosiding Lembaga. Pengarah Urusan hendaklah menghadiri mesyuarat 6. Pengarah Urusan hendaklah menghadiri dan menyertai perbincangan mana-mana mesyuarat Lembaga tetapi dia tidak boleh mengundi pada mesyuarat itu. Tatacara 7. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. J ADUAL KEDUA [Seksyen 30] 1. Kuasa untuk membuat semua benda (termasuk melaksanakan kerja) sebagaimana perlu bagi pengurusan dan merealisasikan aset dan hal ehwal orang terjejas. 2. Kuasa untuk memindah atau menggantung jawatan mana -mana pengarah orang terjejas atau melantik orang lain untuk bertindak sebagai pengarah orang terjejas walau apa pun Memorandum dan Artikel Persatuan orang terjejas atau mana-mana undang-undang lain. 3. Kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah orang terjejas, sama ada untuk mengisi kekosongan atau sebaliknya. 4. Kuasa untuk mengambil milikan, mengutip dan mendapat aset orang terjejas dan bagi maksud itu, untuk mengambil apa-apa prosiding yang dianggapnya suaimanfaat. 5. Kuasa untuk menjual atau selainnya melupus aset orang terje jas secara lelongan awam atau kontrak persendirian. 6. Kuasa untuk mendapatkan atau meminjam wang dan untuk mencagarkan aset orang terjejas kerana pendapatan atau peminjaman itu. 7. Kuasa untuk melantik peguam cara atau akauntan atau orang berkelayakan profesional yang lain untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya. 8. Kuasa untuk membawa atau membela apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang lain atas nama dan bagi pihak orang terjejas . 9. Kuasa untuk merujuk kepada timbang tara apa-apa persoalan yang melibatkan orang terjejas. 10. Kuasa untuk melaksanakan dan mengendalikan insurans berkenaan dengan aset orang terjejas. 11. Kuasa untuk mengguna meterai biasa orang terjejas . 12. Kuasa untuk melakukan semua tindakan dan menyempurnakan apa -apa surat ikatan, resit atau dokumen lain atas nama dan bagi pihak orang terjejas. 13. Kuasa untuk mengeluarkan, menerima, membuat dan mengendors apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak orang terjejas. 14. Kuasa untuk melantik mana-mana ejen untuk membuat apa-apa urusan yang tidak dapat dibuatnya sendiri atau yang boleh dibuat dengan lebih senang oleh sesuatu ejen dan kuasa untuk menggaji dan memecat pekerjanya. 15. Kuasa untuk menjalankan perniagaan orang terjejas. 16. Kuasa untuk menubuhkan subsidiari orang terjejas. 17. Kuasa untuk memindah kepada subsidiari orang terjejas kesemua atau mana-mana bahagian aset orang terjejas. 18. Kuasa untuk memberi atau menerima penyerahan suatu pajakan atau penyewaan aset orang terjejas, dan untuk mengambil suatu pajakan atau penyewaan apa-apa aset yang dikehendaki atau sesuai bagi aset orang terjejas. 19. Kuasa untuk membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihak orang terjejas. 20. Kuasa untuk membuat panggilan ke atas mana-mana modal orang terjejas yang belum dipanggil. 21. Kuasa untuk memberi taraf dan menuntut dalam kebankrapan, ketidaksolvenan atau penyelesaian mana-mana orang yang berhutang kepada orang terjejas dan untuk menerima dividen, dan untuk menyertai surat ikatan amanah bagi pemiutang mana-mana orang itu. 22. Kuasa untuk menyampaikan atau membela suatu petisyen untuk penggulungan orang terjejas. 23. Kuasa untuk menukar tempat pejabat berdaftar orang terjejas. 24. Kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi dan menjalankan apa-apa kuasa, yang boleh dilaksanakan atau digunakan oleh orang terjejas atau mana-mana pengarah atau pegawainya jika Pentadbir Khas telah tidak dilantik. 25. Kuasa untuk membuat apa-apa pembayaran yang diperlukan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya. 26. Kuasa untuk membuat segala benda lain yang bersampingan dengan penggunaan kuasa di atas. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act →

Find Act 587 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next