My bookmarksSign up free
← Tourism Vehicles Licensing Act 1999

Tourism Vehicles Licensing Act 1999 s 40

Tourism Vehicles Licensing Act 1999 s 40

s 40 Transitional and saving

(1) All subsidiary legislation relating to the licensing of tourism vehicles made under the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 [Act 334] shall be deemed to have been made under this Act and shall continue to remain in force until amended or revoked under this Act. (2) Any licence, permit or other document in respect of a tourism vehicle or any reduction of fees or any exemption issued or granted under the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 and in force immediately before the coming into operation of this Act shall, in so far as its issue or grant is not inconsistent with this Act, continue in force until it expires, or is varied, amended, suspended or revoked under this Act. (3) Where an application for the grant of a licence in respect of a tourism vehicle has been made before the date of coming into operation of this Act and was pending immediately before such date, the application shall be determined and continued under the Commercial Vehicle Licensing Board Act 1987 by the Board established under that Act subject to such modifications to the application being made so as to bring it into accord with the provisions of this Act, and subject to such directions as the Board may give with regard to the continuation of proceedings on such an application. (4) Where any appeal in respect of a decision made under the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 is pending before any right to appeal in respect of such decision has accrued, the proceedings in respect of the appeal or in respect of any appeal under the accrued right to appeal, may be continued or instituted under that Act, as if this Act had not been enacted.

Malay text (authoritative)

Peralihan dan kecualian

(1) Semua perundangan subsidiari yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan pelancongan yang dibuat di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini. (2) Apa-apa lesen, permit atau dokumen lain yang berkenaan dengan sesuatu kenderaan pelancongan, atau apa-apa pengurangan fi atau apa-apa pengecualian yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan berkuat kuasa sebaik sebelum mula berkuat kuasa Akta ini, hendaklah, setakat yang pengeluaran atau pemberiannya itu tidak tak selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga habis tempoh, atau diubah, dipinda, digantung atau dibatalkan di bawah Akta ini. (3) Jika sesuatu permohonan bagi pemberian sesuatu lesen berkenaan dengan kenderaan pelancongan telah dibuat sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini dan masih belum selesai sebaik sebelum tarikh itu, permohonan itu hendaklah diputuskan dan diteruskan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 oleh Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian terhadap permohonan yang dibuat itu untuk menyelaraskannya dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga itu berkenaan dengan penerusan prosiding atas permohonan sedemikian. (4) Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan yang dibuat di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 masih belum selesai sebelum apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak untuk merayu yang terakru, boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu, seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 594 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next